suehasan.com: PAKEJ PANTANG 14 HARI DENGAN CONFINEMENT LADY

PAKEJ PANTANG 14 HARI DENGAN CONFINEMENT LADY

Muka sembab baru lepas teriak. Tak malu!


Alhamdulillah, baby Hud dah nak masuk 5 bulan dah. Sekarang baru terhegeh-hegeh nak bagi review pasal pakej pantang hari tu. Cepat sangat masa berlalu, rasa macam baru je beranak jap tadi.

11/12/18 selamat melahirkan seorang lagi hero. Kami namakan Hud Hadif yang bermaksud (Hadif) memberi manfaat. Semoga anak mama ayah memberi manfaat yang terbaik untuk mama ayah nanti.

Beranakkan yang no 2 ni ada rasa serik sikit dari beranak sulung sebenarnya. Actually,Hud ni masa lahir kecik je .2.5kg je masa tu. Tapi kuasa Allah sapa kita manusia kerdil nak lawan.

Aku admit wad 10/12/18 kat HKL. Aku harap pengalaman bersalin ni first and last la kat HKL ni. Kenapa aku cakap camtu? Nanti aku cerita dekat entry lain ye. TUNGGU!

Eh..ni bukan entry pasal bersalin. Ni aku nak cerita pasal 14 hari berpantang dengan Confinement Lady. Alaa, sekarang ni ramai je yang ambik khidmat mak bidan macam ni. Diorang ni memang mahir dalam bidang perbidanan & pantang. So korang pun tak payah pening dan risau dah masa dalam pantang nanti. Ada orang jaga siap siap.

CL yang aku ambik ni bukan under mana mana company macam Natalis mothercare, Elvira postnatal care and so on yang glamer glamer tu. Aku ambik ni yang bergerak secara persendirian. Dia orang indonesia,tapi cara pantang sama macam kita orang melayu ni. Ada pantang larang jugak tau. Bukan cincai cincai punya orang.

Selama 14 hari dia jaga aku, so far alhamdulillah memang terjaga sangat. Aku memang kerjanya membuta je. Dia yang suruh aku tidur tau. Bukan saja saja suruh. Tapi dia nak aku dapatkan rehat yang cukup. Apa ingat beranak ni macam teran telur ayam ke. Sakit tau. Penat,letih and badan pun lemah. Emosi pun tercedera jugak. Fizikal lagi la. Zaman anak dara selim dah berlalu dengan jayanya.

Rutin harian aku macam biasa. Pagi pagi CL dah standbykan wap air untuk aku bertangas. Urut, bertungku, berbengkung, mandi herba memang setiap hari lah buat masa dalam pantang tu. Termasuk tangas.

Pantang kali kedua ni memang jaga sungguh. Masa pantang kali pertama dulu takda orang jaga. Pantang sorang je. Ada jugak hari yang emosional sangat. Stress,penat sebab takda orang tong buatkan itu ini. Semua kena buat sendiri. So masa tu mental memang rapuh sangat. Mujur tak meroyan je. Tapi tu la kan. Pengalaman memang mengajar kita jadi lebih matang.

Pasal makan pulak takda la asyik makan ayam,ikan atau daging bakar je. Yang penting tak jumpa lagi ikan masin. Ikan siakap stim ada la. Haha,kau rasa?

Menu yang CL sediakan memang sedap. Sarapan biasanya ada lempeng oat,nasi ulam.  Kekadang aku suka makan biskut cicah horlick je. Takpun buat susu makan dengan cornflakes.Tengahri makan heavy sikit. Ada makan petang then makan malam.

Baby pulak sepanjang 14hari tu memang tidur dengan dia la. Aku membuta dengan lenanya. Kiranya dapat tidur yang berkualiti la kan. Penting tau. Subuh dia kejut la aku untuk bagi baby. Sebab time tu dia dah nak standby untuk buat keje keje dia.

Aku kadang confius jugak dengan akak ni. Tak tahu la aku tengah hire confinement lady ke pembantu rumah. Semua benda dia buat. Basuh kain baju aku, laki aku dan anak anak. Sapu mop lantai hari hari. Lipat kain jemur kain semua dia buat. Sampai berak anak aku pun dia nak basuh. Tapi anak aku ni payah dengan orang yang dia baru kenal. So nak taknak bab tu aku jugak la kena settle.

So far aku memang puas hati la dengan khidmat dia. Last day dia kat sini emosi weh. Nangis sampai kuar hingus bagai.wekkk. Sedih sebab rasa macam rapat sangat dengan dia. Dia jaga kita macam family sendiri. Apa keje pun tak bagi buat. Sampaikan stokin pun dia pakaikan lagi.

Dia boleh jadi pendengar masalah jugak. Bagi nasihat and petua petua pun boleh tanya dia. Dia banyak jaga artis & datin datin. So banyak jugak cita pasal artis yang boleh dikorek.haha.

And lastly pasal harga pakej yang aku ambik ni.Harga untuk khidmat dia selama 14 hari stay in kalau korang nak tahu, kena privately mesej aku ye. Makan minum kena tanggung sendiri. So ko standby je lauk pantang nanti dia masakkan. Kalau tak tahu nak beli lauk apa pun boleh tanya dia.

Korang kalau nak no phone dia boleh emel je kat aku ye. Ataupun boleh whatsapp aku. Lagi senang. Tak boleh la nak share kat sini. Sekarang macam macam benda viral jadi kan. Kang tak pasal pasal mak bidan aku jadi mangsa.hihi.

WS: www.wasap.my/60173086058
Emel : sue.hasan88@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

suehasan.com Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign