PENGALAMAN BERSALIN ANAK KEDUA

Noh dulu overdue 1 hari,Hud kali ni tak nak kalah jugak.Overdue 6 hari.transfuse darah 2 pek,hampir kena caeser last minit.Koyakan perinium mengalahkan bersalinkan Noh yang beratnya 3.27kg.Padahal dia cuma 2.5kg.Ni semua salah mak bidan gunting banyak sangat.😆jaundis 3 hari je,alhamdulillah sangat!Mama bersengkang mata sejam sekali bangun susukan Hud.Mama serik nak beranak lagi lepas bersalinkan Hud😅

Waktu sebelum serah diri memang dah rasa kali ni pun mesti kena induce.Anak mama dua2 happy dok dalam perut mama.pukul 11.30 kena tolak masuk labour room,pukul 4.30 doktor decide nak caeser sebab tengok detik jantung baby dah tak cantik waktu tu.Mama bajet Hud tengah lena tidur,padahal keluar tali pusat dah terbelit kat leher😔

Doktor pujuk ambik epidural katanya nak kurangkan sakit contraction masa drip oxytoxin.Padahal doktor ada plan lain.Huhu..merayu2 kat doktor supaya tak di caeser.After drip oxytoxin jalan terbuka dr 5cm ke 7cm,doktor pakar waktu tu buat keputusan cuba untuk normal birth.

Alhamdulillah,6.02pm 11/12/18 lahirlah Hud Hadif mama di sambut mak bidan yang kepoh macam bontot ayam tapi baik hati & doktor lelaki yang kena marah dengan mak bidan sebabnya panjang sangat nak hurai.haha.

Mama kena tahan kat labour room sampai 11.30pm sebab demam.Banyak hilang darah.HB 6 je lepas bersalin tu.hukkk.Menggigil2 dok dalam tu sampai nurse kena lapik 3 4 helai selimut.

Ya Allah,rasa nak putus nyawa nak keluarkan seorang khalifah ke muka bumi.Sakitnya bersalin hanya kaum hawa je yang tahu.Macam mana la yang beranak berkali kali tu ye.

En.suami masih terasa takut takut seram sebab dok teringat mak bidan gunting bini dia hidup hidup.Haha..ingat la sampai mati ye suami.

Noh vs Hud

Continue Reading