TANDEM NURSING

Yes,i am.

Mama kepada 2 anak bujang yang tengah membesar.Sorang 1y10m,sorang lagi 2m.

2 ketul botak 

Pernah dengar tandem nursing tak?

Tandem nursing ni ialah menyusukan 2 orang anak atau lebih dalam satu masa.Maksudnya dalam masa korang menyusukan baby,abang atau kakaknya jugak masih menyusu dengan korang.See,betapa kuatnya seorang ibu.

Actually,Noh dah start susu formula masa 1y 3m sebab masa tu susu sue dah start drop.Hormon masa pregnant kan dah lain.Tapi,still jugak gigih susukan Noh masa tu walaupun susu dada hampir kering dah.

Then masa bersalinkan Hud,sue sambung balik nyusukan kan Noh.Kiranya Noh ni sebagai penyelamat la tika susu penuh.Takda la terbuang rugi macam tu je kan.

Dalam tempoh tandem nusing ni macam-macam drama ada.Paling pilu,drama air mata lah.Kalau tak anak,maknya yang nangis.Pernah la sampai give up then nak putuskan susu si Noh ni cepat-cepat sebab penat sangat dah.Tapi sejenis hati mak yang tisu sangat ni,memang tak dapat la.Anak nangis nak susu kita dah kalut.Kesian kalau lambat susukan dia.aduhaiii.

Kalau ikutkan hati ni sebenarnya memang tak sampai hati nak stopkan breastfeed Noh.Tak puas bermanja dengan Noh pun ye jugak.Masa mengandungkan Hud masa tu Noh baru setahun.Noh pun masih manja dengan kami.So sue sebenarnya ambik peluang ni untuk tebus balik jugak masa untuk bonding dengan Noh.

Tunggu Noh betul-betul dah 2 tahun,in shaa Allah nak stopkan bf Noh.Masa tu dia pun dah besar kan.Lagipun masa tu susu ibu pun tak perlu dah untuk dia.Dia dah boleh bina antibodi sendiri dah.So lepas tu boleh fokuskan bf Hud pulak untill 2y.

Ada yang tanya,macamana sue boleh breastfeed dua orang anak serentak.Sue memang takda petua apa-apa.Kalau bab makan,sue memang tak memilih & memang banyak sangat makan nasi.No diet at all.haha.Cuma untuk diri sendiri sue memang ambik vitamin Shaklee untuk kekal bertenaga & tak cepat lesu.Sue ambik alfalfa untuk boost milk produce.Bagus sangat alfalfa shaklee ni.Breast cepat penuh.Then tambah ESP Shaklee untuk pekatkan susu.





1 comment:

  1. Akak suka buat tandem nursing ni dulu. Memang dapat lebih banyak susu.

    ReplyDelete