ELAK GANGGUAN JIN DAN SYAITAN



Hidup ni tak pernah sunyi dari cubaan dan dugaan.Allah uji kita sebab dia sayang,so husnuzon sentiasa dengan pencipta kita.

Selalu jugak sue dengar pergolakan rumah tangga yang disebabkan makhluk ketiga.Bukan orang ketiga ye.Tapi boleh jadi jugak kemunculan makhluk ketiga disebabkan orang ketiga jugak.Haa,faham ke tu?


1. Jangan sidai baju dalam bilik air . Setan akan masuk ke dalam baju tersebut. Bila kita pakai, kita yang kena.
2. Jangan biar baju disidai di luar berembun. Biarkan di luar, esok basuh balik baru jemur balik...nanti dia akan ikut masuk dalam rumah. Ambil sebelum maghrib.
3. Jangan biar nasi berteraburan di lantai. Jin akan makan. Seolah-olah kita menjemput mereka (jin/setan) masuk ke dalam rumah, habis makan malam bersihkan.
4. Jangan buka tingkap atau pintu waktu maghrib. Setan/jin akan masuk melalui ruang² yang terbuka.
5. Banyakkan bersedekah untuk hindar penyakit...termasuk penyakit hati, hasad dengki.

6. Berhenti seketika ketika perjalanan dalam waktu maghrib. Waktu maghrib merupakan zon merah, banyak setan berkeliaran. Singgah ke masjid atau kedai kopi.
7. Jangan biarkan anak main di luar rumah ketika waktu maghrib.
8. Jangan bercakap dalam tandas. Tandas rumah jin, umpama kita bersembang dengan dia.
9. Jangan kencing berdiri. Jin / syaitan yang disambar petir yang cacat akan sihat semula bila kena air kencing orang berdiri.
10. Tutup kepala bila buang air besar. Setan akan ambil najis dan lumur di atas kepala bila tidak ditutup.

11. Tutup makanan dan minuman ketika ditinggalkan. Memadai tutup dengan sudu dan baca bismillah..kalau tutup penuh lagi bagus. Setan akan berak & kencing dalam makanan yang terbuka lama.
12. Jangan makan makanan yang terbuka lama..sebab dah jadi makanan jin/setan
13. Jangan tidur kaki menghadap ke kiblat. Tidur mengiring ke kanan, badan dan muka hala ke arah kiblat..sihir mudah masuk kalau tidur kaki menghadap ke kiblat. ia akan masuk melalui kaki.
14. Jangan gantung gambar bernyawa dalam rumah.
15. Jangan pamerkan patung di dalam rumah.

16. Gunakan jam tawaf di rumah. Untuk dapatkan aura tawaf.
Ada 1 kes, gantung jam tawaf dalam rumah 3x jatuh, bila dikaji isterinya ada saka.
17. Amalkan ayat Manzil.
18. Pasangkan cd ayat Ruqyah & bacaan 30 juzuk.
19. Basuh pad wanita sebelum buang dalam tong sampah. Kalau tidak , jin suka makan darah.
20. Jangan makan/minum dengan tangan kiri.

21. Basuh pinggan makan selepas makan malam.
22. Sediakan semburan air yang telah di ruqyahkan untuk persiapan. Kalau ada apa² boleh digunakan.
23. Solat berjemaah dalam rumah bersama keluarga sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
24. Masuk rumah bagi salam, A'uzubillah, Bismillah hissami'il 'alim dan masuk menggunakan kaki kanan.
25. Jangan tidur di antara Asar dan Maghrib. Zon oren atau zon kecerdikan. Kalau tidur akan jadi lembap.

26. Peluk isteri suami setiap kali bangun pagi.
27. Peluk dan cium anak bila hendak keluar.
28. Bacakan Al-fatihah dan tiupkan di ubun-ubun anak² masa tidur dan niatkan .
29. Genggam beras. Selawat 3x, alfatihah 1x, kacau ikut tawaf masa setiap kali nak masak nasi. Niat . Untuk kebahagiaan.
30. Jangan makan organ dalaman binatang. Contoh hati.

31. Letak ais pada pipi sekali sekala . Zon himunisasi.
32. Mandi ais sekali skala . Mandi sebelah malam. Untuk keluarkan haba panas dalam badan dan kebaikan organ dalaman.
33. Mandi garam pagi dan petang.
34. Pakai wangian sebelum tidur, jin tak suka wangi²an.
35. Digalakkan berhubungan dengan suami/isteri 3x seminggu.

36. Dilarang berhubungan dengan isteri/suami dalam tandas.
37. Amalan zikir asma ul husna.
38. Makan kurma 1 hari 1 biji
39. Makan garam bukit setiap pagi. Garam untuk neutralkan asid dalam badan.
40. Baca doa untuk lembutkan hati suami/isteri..tiup kat ubun dan telinga dia.

41. Baca 3 kali Surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebelum tidur, 3 kali ayat qursi.
42. Baca bismillah 5, 3x sebelum makan. Bismillahillazi...terlindung dari santau.
43. Selawat nabi 3x pada nabi sulaiman ketika nak ambil​ daun pada waktu malam.
44. Pasang lampu ketika tinggalkan rumah, jangan biar gelap.
45. Segalanya serah pada Allah taala.. Tawakal pada Dia...berdoa setiap pagi waktu subuh.
Continue Reading

TANDEM NURSING

Yes,i am.

Mama kepada 2 anak bujang yang tengah membesar.Sorang 1y10m,sorang lagi 2m.

2 ketul botak 

Pernah dengar tandem nursing tak?

Tandem nursing ni ialah menyusukan 2 orang anak atau lebih dalam satu masa.Maksudnya dalam masa korang menyusukan baby,abang atau kakaknya jugak masih menyusu dengan korang.See,betapa kuatnya seorang ibu.

Actually,Noh dah start susu formula masa 1y 3m sebab masa tu susu sue dah start drop.Hormon masa pregnant kan dah lain.Tapi,still jugak gigih susukan Noh masa tu walaupun susu dada hampir kering dah.

Then masa bersalinkan Hud,sue sambung balik nyusukan kan Noh.Kiranya Noh ni sebagai penyelamat la tika susu penuh.Takda la terbuang rugi macam tu je kan.

Dalam tempoh tandem nusing ni macam-macam drama ada.Paling pilu,drama air mata lah.Kalau tak anak,maknya yang nangis.Pernah la sampai give up then nak putuskan susu si Noh ni cepat-cepat sebab penat sangat dah.Tapi sejenis hati mak yang tisu sangat ni,memang tak dapat la.Anak nangis nak susu kita dah kalut.Kesian kalau lambat susukan dia.aduhaiii.

Kalau ikutkan hati ni sebenarnya memang tak sampai hati nak stopkan breastfeed Noh.Tak puas bermanja dengan Noh pun ye jugak.Masa mengandungkan Hud masa tu Noh baru setahun.Noh pun masih manja dengan kami.So sue sebenarnya ambik peluang ni untuk tebus balik jugak masa untuk bonding dengan Noh.

Tunggu Noh betul-betul dah 2 tahun,in shaa Allah nak stopkan bf Noh.Masa tu dia pun dah besar kan.Lagipun masa tu susu ibu pun tak perlu dah untuk dia.Dia dah boleh bina antibodi sendiri dah.So lepas tu boleh fokuskan bf Hud pulak untill 2y.

Ada yang tanya,macamana sue boleh breastfeed dua orang anak serentak.Sue memang takda petua apa-apa.Kalau bab makan,sue memang tak memilih & memang banyak sangat makan nasi.No diet at all.haha.Cuma untuk diri sendiri sue memang ambik vitamin Shaklee untuk kekal bertenaga & tak cepat lesu.Sue ambik alfalfa untuk boost milk produce.Bagus sangat alfalfa shaklee ni.Breast cepat penuh.Then tambah ESP Shaklee untuk pekatkan susu.





Continue Reading

11 SEBAB KUKUH KENAPA WAJIB AMBIL SET PANTANG SHAKLEE

Fasa berpantang paling rumit kot bagi mak-mak selain dari fasa membesarkan anak-anak.Masa berpantang ni lah,emosi dan fizikal kena over take care sebab macam-macam boleh jadi.

Healing fasa ni bukan sekadar kena jaga makan ke,badan pun kena jaga jugak.Ada yang lebih suka berpantang secara tradisional.Ada yang suka jenis moden sebab tak renyah.Ada jugak yang suka campur kedua-duanya sebab ada pro & cons jugak.Macam sue sendiri pun memang campurkan moden & tradisional.

Nak share dengan korang mengenai set pemulihan semasa pantang.Vitamin Shaklee ni complete dengan nutrisi & mineral penting untuk pulihkan balik atau kembalikan balik tenaga selepas bersalin.Untuk kali kedua berpantang pun sue still stick dengan set pantang Shaklee ni tau.

Apa yang best sangat dengan produk ni ialah :

1. Mempercepatkan penyembuhan luka selepas bersalin sama ada secara normal atau ceaser
2. Meningkatkan susu ibu
3. Memberikan tenaga berpanjangan
4. Memulihkan libido (untuk fungsi keintiman)
5. Melindungi rambut dan kuku ibu
6. Membentuk kontur tubuh menawan
7. Meningkat imuniti ibu dan bayi
8. Mengurangkan kesan strechmark 
9. Membuang toksin dari badan 
10. Mencantik dan menganjalkan kulit
11. Menurunkan berat badan

Premium set pantang by Shaklee

Cuma untuk kali kedua bersalin ni sue memang nak recover diri cepat-cepat so sue add on Vivix.Vivix ni kesan dia kita boleh dapat seawal 2 minggu.So far,memang cepat dangat luka bersalin sue elok.Jahitan cepat bercantum & tenaga pun pulih dengan cepat dari sebelum ni.Maklum la,nak handle lagi sorang hero.Tak boleh nak lemau-lemau sangat dah.



Rata-rata yang bersalin caeser ambik vivix ni pun akui proses pemulihan tu mrmang cepat.Luka cazer cepat bercantum.Vivix ni akan repair sel-sel dalam badan kita.Nak makan pun tak susah.Cuma sekali sehari je ambik.

Kalau korang nak tahu lebih detail boleh la contact sue.Mana tahu rezeki korang dapat diskaun extra lagi.Hahaha!

Klik link ni👇
www.wasap.my/60173086058
Continue Reading

PENGALAMAN BERSALIN ANAK PERTAMA

WARNING! CERITA PANJANG NI! MAJOR THROWBACK MASA LAHIRKAN SI SULUNG NOH.

Kalau ingat balik moment tunggu nak beranak hari tu,alahai..rindu sangaattt!
.
Takut,tapi dalam masa yang sama tak sabar!
.
Lebih kurang pukul 3.30 - 4 pagi,tersedar waktu tu.Leaking.Tapi still rileks lagi.Ahh,terpee pee agaknya.Dengus hati😂
.
Kebetulan hari tu jugak ada last check up kat KK.Sampai sana doctor check dah 2cm.That time sue bagitahu doc yang leaking awal paginya.So dapat la surat suruh serah diri kat Hospital.
.
28/4 admit! Confirm ketuban bocor.Doc cakap if malam ni tak beranak lagi,esok pagi kena tolak masuk LB.Kasi keluar itu budakk!
.
12.30pm-11pm dlm LB.Mula- mula masuk kental lagi.No tears! Ramainya la makk doc pelatih.
.
Bapaknya setia teman.2 jam pertama ok lagi.Tak rasa sakit.Langsung!Jam 3 lebih gitu doc pecahkan ketuban.
.
Now..that is it!Tak nangis pun memula.Still boleh tahan.Walaupun gelupur dah time tu.
Mulut tak berhenti ucap "lailahaillanta subhanalainnikuntuminazzolimin"
.
Pastu start dah drama air mata.Lepas sejam,sejam tunggu Noh tak nak jugak keluar lagi.Asal nampak muka laki je nangis.Elehhh sangat!
.
Dari masuk LB sampai beranak ada la 10kali kena seluk agaknya.Sampai kena warning."jangan check dah.tunggu saya kata ok baru check"sambil hi-5 kat muka doc and bidan bidan✋(lebih kurang gini la)
.
Beberapa kali cuba nak ambik pain killer dengan doc.Padahal siap dah pesan kat suami kalau nak ambik jangan bagi.Konon nak rasa kesakitan asli.
.
Tak tahan jugak! Ambik jugak.Bidan cakap dah,kalau ambik time contraction tengah sakit giler gitu,pain killer pun tak jadi.
.
Sebab tak tahan sangat,ambik jugak sejarum.Adehh..Lalok!Merapu2 lepas kena.Laki aku pun tak tahu agaknya aku cakap apa.
.
8pm gitu lebih kurang suruh bidan check bukaan.Yeay!! 8cm.Nampak rambut dah
.
8.18pm keluar la seketul Noh berat 3.27kg montel gebu.Bapak ko nasib tak pengsan dlm LB.Skin to Skin.Alahai anakk.Thank You Allah.
.
11pm lebih gitu baru tolak keluar kami 2 beranak masuk wad biasa.
.
Masa dalam LB Noh diam je.Sekali mama tegur nak dengar suara dia."Nangis la sikit,mama nak dengar suara".Noh jawab "ok,fine mama!"
.
Tak tidur sepanjang pagi.Bertemankan suara Noh je.Dia memang nangis kaw kaw tak nak bagi mama tidur.Mama mata rabak,jiwa koyak,badan berasap😂
.
Mama tegur je kenapa tak nangis,mama nak dengar suara je masa lepas awak lahir.Sekali sampai pagi mama dengar suara awak sayang.Ok mama insaf.Mama tak tegur dah adik-adik awak lepas ni.

Day 1


*Memang tak tegur pun untuk yang kedua ni.Sebab keluar je terus dengar suara dia.
Continue Reading