suehasan.com: Tawakkal

Tawakkal

Try To Conceive lagi






Actually,post ni saya tulis masa 3 tahun lepas.Masa tu memang tengah menunggu Allah hadirkan zuriat buat kami.Tapi tak terpublish lagi.Pepun,tahun ni saya publish.Sebab semua ni kenangan.Dah tua nanti boleh recap balik.haha.

Blog ni umpama diari la jugak kan.Tapi diari yang tak rahsia.Sebab semua orang boleh baca sampai bila-bila.
.
.
.
.
.

Cik P saya biasa memang tepat,lewat sehari @ awal sikit tu ada la jugak.Kalau lewat tu,takda benda lain dah dalam otak ni,ni mesti pregnant.Cepat-cepat la p beli urin test & tak sabar jugak nak tunggu esok pagi nak test urin tu.Kadang-kadang tak sempat pakai pun,cik P menjengah dah.Over tau cik P ni.tak nak kasi can langsung.

Ada sekali tu lewat 4 hari,konon cita la dengan en husband rasa macam nak muntah la,nak nangis la,perut asyik lapar la,padahal simptom nak period tu la.Perasan je lebih kan.Sudahnya malam tu period jugak.Sengih la macam kerang busuk kat en.suami tu.Dia cam biasa la,dengan muka simpati dia tu.Menci tau.

Walauapapun,dalam tempoh TTC ni,saya memang tak putus asa,cuba juga macam-macam cara.Makan makanan sunnah la,berurut la,minum susu la,pati delima gulsan,olive oil semua telan.Tapi semua ni on off la.Time semangat telan,time malas jeling pun tak.

Annoying sangat bila fikir pasal ni.Sebab rasa macam over.Orang lain TTC hampir 10 tahun pun act like nothing to worry,but me?mesti orang cakap,alahai baru setahun.Apa lah sangat.hihi..malu sendiri tau.

Ok..tu je la nak cita untuk hari ni.


Bye!












No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

suehasan.com Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign