Cara rawat bayi batuk dan selsema


Setiap hari ada saja ibu yang membawa bayinya berusia di bawah 6 bulan kerana selsema. Batuk-batuk dan hidung berhingus.

Kalau bayi tidak demam & tiada tanda-tanda jangkitan paru-paru memang tak kasi apa-apa ubat kerana ubat batuk & selsema tak sesuai untuk bayi bawah 2 tahun.

Atau paling-paling standby panadol, tapi saya tak suka bagi-bagi ubat macam tu kalau tak ada simptom. Sebabnya, ramai orang dewasa termasuk saya sendiri suka standby ubat dalam fridge untuk kegunaan kecemasan katanya.Tapi kadang-kadang tak perasan yang ubat dalam fridge tu dah expired. Ubat expired ni, mungkin lebih berbahaya.

Jangan suka-suka bagi ubat untuk bayi bawah 6 bulan.

Nak tau kenapa bayi perlu diberi susu ibu saja dalam 6 bulan pertama?

1. Susu ibu membekalkan antibodi

Sebelum usia 6 bulan, bayi tidak boleh menghasilkan antibodi sendiri & dapat daripada susu ibu. Dalam susu formula pun tak ada perlindungan untuk sistem imun bayi. Malah, susu formula mungkin lebih mudah untuk tercemar. Jadi, bayi senang sangat nak dapat jangkitan daripada orang sekeliling.

2. Susu ibu membentuk lapisan pelindung

Susu ibu juga membentuk satu lapisan pada perut bayi untuk mengelakkan kuman masuk ke saluran darah melalui perut. Jika ada makanan selain susu ibu yang masuk, lapisan ini akan runtuh & risiko jangkitan kuman juga meningkat.

TIPS JIKA BAYI SELSEMA

1. Saya dan bawang putih memang tak boleh dipisahkan kerana bawang putih boleh melemahkan virus selsema.

~~Untuk bayi saya suka buat steam bawang putih. Rebuskan beberapa ulas bawang putih dalam air. Bila dah mendidih, riba anak dalam bilik air.

Sebab bilik air ruang dia sempit, jadi wap itu akan berkumpul dalam bilik tu.

~~Bakar sikit bawang putih, tumbuk sikit tak perlu hancur. Letak dalam apa-apa kain, buat macam uncang atau bunjut & bagi bayi hidu. Jangan direct ke hidungnya sebab mungkin dia rasa tak selesa.

~~Bakar sikit bawang putih dan tumbuk sikit. Campur dalam minyak zaitun & sapu pada dada dan tapak kaki baby.

2. Sapu kunyit pada hidungnya.

3. Lakukan percussion pada paru-paru untuk longgarkan kahak. Tepuk dengan lembut saja tau.

4. Mandikan bayi dengan air lemon. Segar sangat, sampai kita pun rasa nak berendam sama.

5. Boleh guna nasal spray jika hidung tersumbat.

6. Sedut keluar hingus baby menggunakan nasal aspirator. Elakkan sedut dengan mulut sebab boleh menyebarkan jangkitan daripada kuman dalam mulut kita.

7.Ibu yang menyusukan bayi, elakkan makanan yang boleh menyebabkan mukus. Contohnya produk tenusu, tepung gandum & makanan manis2. 

8. Begitu juga jaga makan anak-anak yang dah besar. Banyakkan air masak dan kurangkan makanan manis, lebih2 lagi jajan.

BILA NAK BAWA ANAK KE HOSPITAL

1. Batuk / selsema lebih seminggu

2. Batuk / selsema dan disusuli dengan demam tak kebah lebih 3 hari. Jangkitan virus juga boleh menyebabkan demam, tapi takut ada secondary bacterial infection. 

3. Anak selsema dan tak mahu menyusu/ makan minum lebih 6 jam.

4. Anak batuk teruk, sampai tak boleh tidur atau batuk berpanjangan. 

5. Pernafasan laju & anak berusaha keras untuk bernafas / terdapat lekuk pada dadanya bila bernafas.

6. Nafas berbunyi seperti kucing atau macam wisel, bunyi halus ya. Bukan wisel pengadil tiup masa main bola.

7. Anak kebiruan / tak bermaya.

Bawa saja ke klinik kalau rasa anak tak sihat walaupun anak nampak ok. Dapatkan rawatan & nasihat daripada doktor. Jangan takut setakat doktor nak membebel je.

Elakkan bawa anak yang tak sihat ke tempat awam. Selain mudah terdedah kepada kuman lain, takut anak kita pula penyebar kuman.

Jauhi asap rokok kerana asap rokok boleh memburukkan keadaan & melemahkan lagi imuniti baby. Kalau anak balik-balik batuk selsema, cuba cek sekeliling... ada tak orang berdekatan merokok atau terdedah kepada pencemaran.

Ibu-ibu juga boleh bantu tingkatkan imun diri & baby dengan Set Penyusuan Shaklee. Boleh whatsapp saya untuk info lanjut.

Set Menyusu Basic


www.wasap.my/60173086058

Kredit Fyda Noh

0 comments:

Post a Comment