RUAM LEPAS DEMAM



Sabtu hari tu Hud mula demam. Merengek-rengek nak perhatian je. Ahad pun tak kebah jugak then isnin baru bawak ke klinik kesihatan. Alhamdulillah, kebah dah demamnya lepas on paracetamol sekali je.

Sue bajet dia demam sebab grow sputh tu. Akal panjang nak dapat kaki agaknya. Then lepas tu, malam tu bapaknya perasan macam ada rashes kat perut Hud, tapi tak banyak. 

Then pagi rabu tu nampak dah makin banyak, mak curious adakah ia campak or ciken pox. Tengaharinya decide bawak ke klinik lagi sekali. Risau la kan. Benda baru kot bagi mak bapak anak dua. Sebab sebelum ni Noh takda pulak simptom simptom macam tu. Doktor just cakap its normal due tu fever yang dia ada sebelum ni.



Rashes tu akan hilang dalam sehari dua. So lega la sikit dah tahu macam tu. Sue pun try la cari info tentang rashes tu then jumpa la blog Dr.Zubaidi. Sejenis perangai mak kan, semua benda nak tahu. Betul ke macam tu, betul ke macam ni. 

Dalam bahasa medicalnya orang panggil ' Roseola' atau sixth diseas. Satu pembawaan virus yang agak ringan. Normal bagi baby atau bebudak umur 6 bulan ke 3 tahun.

Memang betul, simptomnya memang bermula dengan demam yang tiba-tiba. Masa tu cek suhu Hud 38°-39°. Sue berjaga jugak la pagi tu. Suhu paling tinggi 39.4°. Tuam badan dia bagi sejuk sikit and keep direct feeding.

Even dia refuse nak makan dalam 2 hari tu tapi dia still nak menyusu. So lega la jugak. 

So kalau baby or anak-anak yang ada simptom Roseola ni better korang kuarantinkan dulu. Sebab mostly virus ni memang boleh berjangkit / merebak melalui air liur, bersin dan batuk. Dan jugak boleh berjangkit melalui sentuhan najis😆


So far tak membahayakan la. So jangan risau lebih-lebih kalau anak korang ada simptom macam Hud tau.
Continue Reading

JADUAL WAKTU BERBUKA 2019



Ahlan wasalam ya Ramadhan kareem.

Semoga Ramadhan tahun ni menjadi titik perubahan untuk kita semua menjadi hamba Allah yang bertaqwa.


Minuman isotonik perisa Oren & Limau+Lemon

Korang dah standby air untuk sahur dan berbuka nanti ke?

Kalau belum, ni haa ada satu air yang mak nak recommend kat korang. Agar sentiasa terhidrat tubuh badan sepanjang hari.

Performance Drink perisa limau. Sebelum hanya available perisa oren je. Perisa ni belum masuk Malaysia lagi masa tu.

Sempena menyambut ramadhan ni, Shaklee bukan saja bawak masuk perisa baru, Shaklee bagi diskaun lagi untuk korang jalani puasa dengan bertenaga.

Minuman isotonik ni mencegah badan kita dari dehidrasi semasa puasa. Bagus sangat untuk korang yang sentiasa aktif tu ambik. .
Kalau korang sejenis kuat bersukan pun patut sangat standby performance drink ni tau.


Harga promosi 2 canister RM181.20 ( AHLI)


Untuk bulan ni Shaklee buat combo perisa Oren+Limau. Less 10%. Harga RM226 sebelum less.

Grab sekaarang tau. Lepas ni tak payah dah la nak beli Limau ais, teo limau , sirap limau bagai sebab dah ada performance drink limau kat rumah. Goncang je bila nak minum😘

Tekan link ni tau⤵
wasap.my/60173086058
Continue Reading

PAKEJ PANTANG 14 HARI DENGAN CONFINEMENT LADY

Muka sembab baru lepas teriak. Tak malu!


Alhamdulillah, baby Hud dah nak masuk 5 bulan dah. Sekarang baru terhegeh-hegeh nak bagi review pasal pakej pantang hari tu. Cepat sangat masa berlalu, rasa macam baru je beranak jap tadi.

11/12/18 selamat melahirkan seorang lagi hero. Kami namakan Hud Hadif yang bermaksud (Hadif) memberi manfaat. Semoga anak mama ayah memberi manfaat yang terbaik untuk mama ayah nanti.

Beranakkan yang no 2 ni ada rasa serik sikit dari beranak sulung sebenarnya. Actually,Hud ni masa lahir kecik je .2.5kg je masa tu. Tapi kuasa Allah sapa kita manusia kerdil nak lawan.

Aku admit wad 10/12/18 kat HKL. Aku harap pengalaman bersalin ni first and last la kat HKL ni. Kenapa aku cakap camtu? Nanti aku cerita dekat entry lain ye. TUNGGU!

Eh..ni bukan entry pasal bersalin. Ni aku nak cerita pasal 14 hari berpantang dengan Confinement Lady. Alaa, sekarang ni ramai je yang ambik khidmat mak bidan macam ni. Diorang ni memang mahir dalam bidang perbidanan & pantang. So korang pun tak payah pening dan risau dah masa dalam pantang nanti. Ada orang jaga siap siap.

CL yang aku ambik ni bukan under mana mana company macam Natalis mothercare, Elvira postnatal care and so on yang glamer glamer tu. Aku ambik ni yang bergerak secara persendirian. Dia orang indonesia,tapi cara pantang sama macam kita orang melayu ni. Ada pantang larang jugak tau. Bukan cincai cincai punya orang.

Selama 14 hari dia jaga aku, so far alhamdulillah memang terjaga sangat. Aku memang kerjanya membuta je. Dia yang suruh aku tidur tau. Bukan saja saja suruh. Tapi dia nak aku dapatkan rehat yang cukup. Apa ingat beranak ni macam teran telur ayam ke. Sakit tau. Penat,letih and badan pun lemah. Emosi pun tercedera jugak. Fizikal lagi la. Zaman anak dara selim dah berlalu dengan jayanya.

Rutin harian aku macam biasa. Pagi pagi CL dah standbykan wap air untuk aku bertangas. Urut, bertungku, berbengkung, mandi herba memang setiap hari lah buat masa dalam pantang tu. Termasuk tangas.

Pantang kali kedua ni memang jaga sungguh. Masa pantang kali pertama dulu takda orang jaga. Pantang sorang je. Ada jugak hari yang emosional sangat. Stress,penat sebab takda orang tong buatkan itu ini. Semua kena buat sendiri. So masa tu mental memang rapuh sangat. Mujur tak meroyan je. Tapi tu la kan. Pengalaman memang mengajar kita jadi lebih matang.

Pasal makan pulak takda la asyik makan ayam,ikan atau daging bakar je. Yang penting tak jumpa lagi ikan masin. Ikan siakap stim ada la. Haha,kau rasa?

Menu yang CL sediakan memang sedap. Sarapan biasanya ada lempeng oat,nasi ulam.  Kekadang aku suka makan biskut cicah horlick je. Takpun buat susu makan dengan cornflakes.Tengahri makan heavy sikit. Ada makan petang then makan malam.

Baby pulak sepanjang 14hari tu memang tidur dengan dia la. Aku membuta dengan lenanya. Kiranya dapat tidur yang berkualiti la kan. Penting tau. Subuh dia kejut la aku untuk bagi baby. Sebab time tu dia dah nak standby untuk buat keje keje dia.

Aku kadang confius jugak dengan akak ni. Tak tahu la aku tengah hire confinement lady ke pembantu rumah. Semua benda dia buat. Basuh kain baju aku, laki aku dan anak anak. Sapu mop lantai hari hari. Lipat kain jemur kain semua dia buat. Sampai berak anak aku pun dia nak basuh. Tapi anak aku ni payah dengan orang yang dia baru kenal. So nak taknak bab tu aku jugak la kena settle.

So far aku memang puas hati la dengan khidmat dia. Last day dia kat sini emosi weh. Nangis sampai kuar hingus bagai.wekkk. Sedih sebab rasa macam rapat sangat dengan dia. Dia jaga kita macam family sendiri. Apa keje pun tak bagi buat. Sampaikan stokin pun dia pakaikan lagi.

Dia boleh jadi pendengar masalah jugak. Bagi nasihat and petua petua pun boleh tanya dia. Dia banyak jaga artis & datin datin. So banyak jugak cita pasal artis yang boleh dikorek.haha.

And lastly pasal harga pakej yang aku ambik ni.Harga untuk khidmat dia selama 14 hari stay in kalau korang nak tahu, kena privately mesej aku ye. Makan minum kena tanggung sendiri. So ko standby je lauk pantang nanti dia masakkan. Kalau tak tahu nak beli lauk apa pun boleh tanya dia.

Korang kalau nak no phone dia boleh emel je kat aku ye. Ataupun boleh whatsapp aku. Lagi senang. Tak boleh la nak share kat sini. Sekarang macam macam benda viral jadi kan. Kang tak pasal pasal mak bidan aku jadi mangsa.hihi.

WS: www.wasap.my/60173086058
Emel : sue.hasan88@gmail.com
Continue Reading

PENGALAMAN BERSALIN ANAK KEDUA

Noh dulu overdue 1 hari,Hud kali ni tak nak kalah jugak.Overdue 6 hari.transfuse darah 2 pek,hampir kena caeser last minit.Koyakan perinium mengalahkan bersalinkan Noh yang beratnya 3.27kg.Padahal dia cuma 2.5kg.Ni semua salah mak bidan gunting banyak sangat.😆jaundis 3 hari je,alhamdulillah sangat!Mama bersengkang mata sejam sekali bangun susukan Hud.Mama serik nak beranak lagi lepas bersalinkan Hud😅

Waktu sebelum serah diri memang dah rasa kali ni pun mesti kena induce.Anak mama dua2 happy dok dalam perut mama.pukul 11.30 kena tolak masuk labour room,pukul 4.30 doktor decide nak caeser sebab tengok detik jantung baby dah tak cantik waktu tu.Mama bajet Hud tengah lena tidur,padahal keluar tali pusat dah terbelit kat leher😔

Doktor pujuk ambik epidural katanya nak kurangkan sakit contraction masa drip oxytoxin.Padahal doktor ada plan lain.Huhu..merayu2 kat doktor supaya tak di caeser.After drip oxytoxin jalan terbuka dr 5cm ke 7cm,doktor pakar waktu tu buat keputusan cuba untuk normal birth.

Alhamdulillah,6.02pm 11/12/18 lahirlah Hud Hadif mama di sambut mak bidan yang kepoh macam bontot ayam tapi baik hati & doktor lelaki yang kena marah dengan mak bidan sebabnya panjang sangat nak hurai.haha.

Mama kena tahan kat labour room sampai 11.30pm sebab demam.Banyak hilang darah.HB 6 je lepas bersalin tu.hukkk.Menggigil2 dok dalam tu sampai nurse kena lapik 3 4 helai selimut.

Ya Allah,rasa nak putus nyawa nak keluarkan seorang khalifah ke muka bumi.Sakitnya bersalin hanya kaum hawa je yang tahu.Macam mana la yang beranak berkali kali tu ye.

En.suami masih terasa takut takut seram sebab dok teringat mak bidan gunting bini dia hidup hidup.Haha..ingat la sampai mati ye suami.

Noh vs Hud

Continue Reading

ELAK GANGGUAN JIN DAN SYAITAN



Hidup ni tak pernah sunyi dari cubaan dan dugaan.Allah uji kita sebab dia sayang,so husnuzon sentiasa dengan pencipta kita.

Selalu jugak sue dengar pergolakan rumah tangga yang disebabkan makhluk ketiga.Bukan orang ketiga ye.Tapi boleh jadi jugak kemunculan makhluk ketiga disebabkan orang ketiga jugak.Haa,faham ke tu?


1. Jangan sidai baju dalam bilik air . Setan akan masuk ke dalam baju tersebut. Bila kita pakai, kita yang kena.
2. Jangan biar baju disidai di luar berembun. Biarkan di luar, esok basuh balik baru jemur balik...nanti dia akan ikut masuk dalam rumah. Ambil sebelum maghrib.
3. Jangan biar nasi berteraburan di lantai. Jin akan makan. Seolah-olah kita menjemput mereka (jin/setan) masuk ke dalam rumah, habis makan malam bersihkan.
4. Jangan buka tingkap atau pintu waktu maghrib. Setan/jin akan masuk melalui ruang² yang terbuka.
5. Banyakkan bersedekah untuk hindar penyakit...termasuk penyakit hati, hasad dengki.

6. Berhenti seketika ketika perjalanan dalam waktu maghrib. Waktu maghrib merupakan zon merah, banyak setan berkeliaran. Singgah ke masjid atau kedai kopi.
7. Jangan biarkan anak main di luar rumah ketika waktu maghrib.
8. Jangan bercakap dalam tandas. Tandas rumah jin, umpama kita bersembang dengan dia.
9. Jangan kencing berdiri. Jin / syaitan yang disambar petir yang cacat akan sihat semula bila kena air kencing orang berdiri.
10. Tutup kepala bila buang air besar. Setan akan ambil najis dan lumur di atas kepala bila tidak ditutup.

11. Tutup makanan dan minuman ketika ditinggalkan. Memadai tutup dengan sudu dan baca bismillah..kalau tutup penuh lagi bagus. Setan akan berak & kencing dalam makanan yang terbuka lama.
12. Jangan makan makanan yang terbuka lama..sebab dah jadi makanan jin/setan
13. Jangan tidur kaki menghadap ke kiblat. Tidur mengiring ke kanan, badan dan muka hala ke arah kiblat..sihir mudah masuk kalau tidur kaki menghadap ke kiblat. ia akan masuk melalui kaki.
14. Jangan gantung gambar bernyawa dalam rumah.
15. Jangan pamerkan patung di dalam rumah.

16. Gunakan jam tawaf di rumah. Untuk dapatkan aura tawaf.
Ada 1 kes, gantung jam tawaf dalam rumah 3x jatuh, bila dikaji isterinya ada saka.
17. Amalkan ayat Manzil.
18. Pasangkan cd ayat Ruqyah & bacaan 30 juzuk.
19. Basuh pad wanita sebelum buang dalam tong sampah. Kalau tidak , jin suka makan darah.
20. Jangan makan/minum dengan tangan kiri.

21. Basuh pinggan makan selepas makan malam.
22. Sediakan semburan air yang telah di ruqyahkan untuk persiapan. Kalau ada apa² boleh digunakan.
23. Solat berjemaah dalam rumah bersama keluarga sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
24. Masuk rumah bagi salam, A'uzubillah, Bismillah hissami'il 'alim dan masuk menggunakan kaki kanan.
25. Jangan tidur di antara Asar dan Maghrib. Zon oren atau zon kecerdikan. Kalau tidur akan jadi lembap.

26. Peluk isteri suami setiap kali bangun pagi.
27. Peluk dan cium anak bila hendak keluar.
28. Bacakan Al-fatihah dan tiupkan di ubun-ubun anak² masa tidur dan niatkan .
29. Genggam beras. Selawat 3x, alfatihah 1x, kacau ikut tawaf masa setiap kali nak masak nasi. Niat . Untuk kebahagiaan.
30. Jangan makan organ dalaman binatang. Contoh hati.

31. Letak ais pada pipi sekali sekala . Zon himunisasi.
32. Mandi ais sekali skala . Mandi sebelah malam. Untuk keluarkan haba panas dalam badan dan kebaikan organ dalaman.
33. Mandi garam pagi dan petang.
34. Pakai wangian sebelum tidur, jin tak suka wangi²an.
35. Digalakkan berhubungan dengan suami/isteri 3x seminggu.

36. Dilarang berhubungan dengan isteri/suami dalam tandas.
37. Amalan zikir asma ul husna.
38. Makan kurma 1 hari 1 biji
39. Makan garam bukit setiap pagi. Garam untuk neutralkan asid dalam badan.
40. Baca doa untuk lembutkan hati suami/isteri..tiup kat ubun dan telinga dia.

41. Baca 3 kali Surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebelum tidur, 3 kali ayat qursi.
42. Baca bismillah 5, 3x sebelum makan. Bismillahillazi...terlindung dari santau.
43. Selawat nabi 3x pada nabi sulaiman ketika nak ambil​ daun pada waktu malam.
44. Pasang lampu ketika tinggalkan rumah, jangan biar gelap.
45. Segalanya serah pada Allah taala.. Tawakal pada Dia...berdoa setiap pagi waktu subuh.
Continue Reading

TANDEM NURSING

Yes,i am.

Mama kepada 2 anak bujang yang tengah membesar.Sorang 1y10m,sorang lagi 2m.

2 ketul botak 

Pernah dengar tandem nursing tak?

Tandem nursing ni ialah menyusukan 2 orang anak atau lebih dalam satu masa.Maksudnya dalam masa korang menyusukan baby,abang atau kakaknya jugak masih menyusu dengan korang.See,betapa kuatnya seorang ibu.

Actually,Noh dah start susu formula masa 1y 3m sebab masa tu susu sue dah start drop.Hormon masa pregnant kan dah lain.Tapi,still jugak gigih susukan Noh masa tu walaupun susu dada hampir kering dah.

Then masa bersalinkan Hud,sue sambung balik nyusukan kan Noh.Kiranya Noh ni sebagai penyelamat la tika susu penuh.Takda la terbuang rugi macam tu je kan.

Dalam tempoh tandem nusing ni macam-macam drama ada.Paling pilu,drama air mata lah.Kalau tak anak,maknya yang nangis.Pernah la sampai give up then nak putuskan susu si Noh ni cepat-cepat sebab penat sangat dah.Tapi sejenis hati mak yang tisu sangat ni,memang tak dapat la.Anak nangis nak susu kita dah kalut.Kesian kalau lambat susukan dia.aduhaiii.

Kalau ikutkan hati ni sebenarnya memang tak sampai hati nak stopkan breastfeed Noh.Tak puas bermanja dengan Noh pun ye jugak.Masa mengandungkan Hud masa tu Noh baru setahun.Noh pun masih manja dengan kami.So sue sebenarnya ambik peluang ni untuk tebus balik jugak masa untuk bonding dengan Noh.

Tunggu Noh betul-betul dah 2 tahun,in shaa Allah nak stopkan bf Noh.Masa tu dia pun dah besar kan.Lagipun masa tu susu ibu pun tak perlu dah untuk dia.Dia dah boleh bina antibodi sendiri dah.So lepas tu boleh fokuskan bf Hud pulak untill 2y.

Ada yang tanya,macamana sue boleh breastfeed dua orang anak serentak.Sue memang takda petua apa-apa.Kalau bab makan,sue memang tak memilih & memang banyak sangat makan nasi.No diet at all.haha.Cuma untuk diri sendiri sue memang ambik vitamin Shaklee untuk kekal bertenaga & tak cepat lesu.Sue ambik alfalfa untuk boost milk produce.Bagus sangat alfalfa shaklee ni.Breast cepat penuh.Then tambah ESP Shaklee untuk pekatkan susu.





Continue Reading

11 SEBAB KUKUH KENAPA WAJIB AMBIL SET PANTANG SHAKLEE

Fasa berpantang paling rumit kot bagi mak-mak selain dari fasa membesarkan anak-anak.Masa berpantang ni lah,emosi dan fizikal kena over take care sebab macam-macam boleh jadi.

Healing fasa ni bukan sekadar kena jaga makan ke,badan pun kena jaga jugak.Ada yang lebih suka berpantang secara tradisional.Ada yang suka jenis moden sebab tak renyah.Ada jugak yang suka campur kedua-duanya sebab ada pro & cons jugak.Macam sue sendiri pun memang campurkan moden & tradisional.

Nak share dengan korang mengenai set pemulihan semasa pantang.Vitamin Shaklee ni complete dengan nutrisi & mineral penting untuk pulihkan balik atau kembalikan balik tenaga selepas bersalin.Untuk kali kedua berpantang pun sue still stick dengan set pantang Shaklee ni tau.

Apa yang best sangat dengan produk ni ialah :

1. Mempercepatkan penyembuhan luka selepas bersalin sama ada secara normal atau ceaser
2. Meningkatkan susu ibu
3. Memberikan tenaga berpanjangan
4. Memulihkan libido (untuk fungsi keintiman)
5. Melindungi rambut dan kuku ibu
6. Membentuk kontur tubuh menawan
7. Meningkat imuniti ibu dan bayi
8. Mengurangkan kesan strechmark 
9. Membuang toksin dari badan 
10. Mencantik dan menganjalkan kulit
11. Menurunkan berat badan

Premium set pantang by Shaklee

Cuma untuk kali kedua bersalin ni sue memang nak recover diri cepat-cepat so sue add on Vivix.Vivix ni kesan dia kita boleh dapat seawal 2 minggu.So far,memang cepat dangat luka bersalin sue elok.Jahitan cepat bercantum & tenaga pun pulih dengan cepat dari sebelum ni.Maklum la,nak handle lagi sorang hero.Tak boleh nak lemau-lemau sangat dah.



Rata-rata yang bersalin caeser ambik vivix ni pun akui proses pemulihan tu mrmang cepat.Luka cazer cepat bercantum.Vivix ni akan repair sel-sel dalam badan kita.Nak makan pun tak susah.Cuma sekali sehari je ambik.

Kalau korang nak tahu lebih detail boleh la contact sue.Mana tahu rezeki korang dapat diskaun extra lagi.Hahaha!

Klik link ni👇
www.wasap.my/60173086058
Continue Reading

PENGALAMAN BERSALIN ANAK PERTAMA

WARNING! CERITA PANJANG NI! MAJOR THROWBACK MASA LAHIRKAN SI SULUNG NOH.

Kalau ingat balik moment tunggu nak beranak hari tu,alahai..rindu sangaattt!
.
Takut,tapi dalam masa yang sama tak sabar!
.
Lebih kurang pukul 3.30 - 4 pagi,tersedar waktu tu.Leaking.Tapi still rileks lagi.Ahh,terpee pee agaknya.Dengus hati😂
.
Kebetulan hari tu jugak ada last check up kat KK.Sampai sana doctor check dah 2cm.That time sue bagitahu doc yang leaking awal paginya.So dapat la surat suruh serah diri kat Hospital.
.
28/4 admit! Confirm ketuban bocor.Doc cakap if malam ni tak beranak lagi,esok pagi kena tolak masuk LB.Kasi keluar itu budakk!
.
12.30pm-11pm dlm LB.Mula- mula masuk kental lagi.No tears! Ramainya la makk doc pelatih.
.
Bapaknya setia teman.2 jam pertama ok lagi.Tak rasa sakit.Langsung!Jam 3 lebih gitu doc pecahkan ketuban.
.
Now..that is it!Tak nangis pun memula.Still boleh tahan.Walaupun gelupur dah time tu.
Mulut tak berhenti ucap "lailahaillanta subhanalainnikuntuminazzolimin"
.
Pastu start dah drama air mata.Lepas sejam,sejam tunggu Noh tak nak jugak keluar lagi.Asal nampak muka laki je nangis.Elehhh sangat!
.
Dari masuk LB sampai beranak ada la 10kali kena seluk agaknya.Sampai kena warning."jangan check dah.tunggu saya kata ok baru check"sambil hi-5 kat muka doc and bidan bidan✋(lebih kurang gini la)
.
Beberapa kali cuba nak ambik pain killer dengan doc.Padahal siap dah pesan kat suami kalau nak ambik jangan bagi.Konon nak rasa kesakitan asli.
.
Tak tahan jugak! Ambik jugak.Bidan cakap dah,kalau ambik time contraction tengah sakit giler gitu,pain killer pun tak jadi.
.
Sebab tak tahan sangat,ambik jugak sejarum.Adehh..Lalok!Merapu2 lepas kena.Laki aku pun tak tahu agaknya aku cakap apa.
.
8pm gitu lebih kurang suruh bidan check bukaan.Yeay!! 8cm.Nampak rambut dah
.
8.18pm keluar la seketul Noh berat 3.27kg montel gebu.Bapak ko nasib tak pengsan dlm LB.Skin to Skin.Alahai anakk.Thank You Allah.
.
11pm lebih gitu baru tolak keluar kami 2 beranak masuk wad biasa.
.
Masa dalam LB Noh diam je.Sekali mama tegur nak dengar suara dia."Nangis la sikit,mama nak dengar suara".Noh jawab "ok,fine mama!"
.
Tak tidur sepanjang pagi.Bertemankan suara Noh je.Dia memang nangis kaw kaw tak nak bagi mama tidur.Mama mata rabak,jiwa koyak,badan berasap😂
.
Mama tegur je kenapa tak nangis,mama nak dengar suara je masa lepas awak lahir.Sekali sampai pagi mama dengar suara awak sayang.Ok mama insaf.Mama tak tegur dah adik-adik awak lepas ni.

Day 1


*Memang tak tegur pun untuk yang kedua ni.Sebab keluar je terus dengar suara dia.
Continue Reading

KENAPA ANDA PERLU MEMILIH SHAKLEE SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS?

1 botol ada 180 biji.Tahan 6 bulan.


Dah hampir 6 tahun sue consume Vitamin C sustained release Shaklee ni.So far,memang rasa serasi sangat dengan kulit.Even sue tak pakai skin care pun jerawat still takut nak tumbuh.

Paling sue perasan,jerawat belakang badan.Mak aih,hilang tanpa kesan.Memang licin sungguh dah.Kalau dulu penuh belakang dengan jerawat halus tu.Tak selesa sangat.

Korang kalau tengah survey atau berkira kira nak beli Vitamin C,sue suggestkan korang cuba Vitamin C Shaklee ni.Highly recommend.

✅ SR Vita C Plus adalah dari sumber yang semulajadi
✅ Tinggi kandungan potensi  500mg vitamin C. 
✅ Shaklee menggunakan vitamin C yang diperolehi daripada kanji  jagung (“sumber semulajadi vitamin C”) untuk membekalkan sebahagian besar  vitamin C pada label. 
✅ Vitamin C yang dihasilkan dengan cara ini adalah sama dengan molekul yang dimiliki oleh buah-buahan sitrus.

Sistem Proprietari Sustained-Release yang secara beransur-ansur melepaskan vitamin C ke dalam tubuh selama 5 jam.

Ini memastikan yang vitamin C adalah tersedia apabila tubuh memerlukannya & ia adalah bersamaan dengan memakan 1.5 BIJI OREN SETIAP JAM untuk setiap jam selama 5 jam!




Boleh hubungi sue untuk pembelian ye.Klik je link ni www.wasap.my/60173086058

Continue Reading

PERLU KE MAKAN VITAMIN?

Masa ni tengah pregnantkan Hud
Zaman sekarang memang zaman jimat sungguh gamaknya ye.Tak payah nak beli skin care mahal-mahal.Filter je sudah.Eh kau..

Actually,kulit muka sue sekarang memang tengah bermasalah.Jerawat kat dahi,kulit menggelupas sekitar hidung,warna kulit pun dah bercapuk.

But not worst la.And walaupun dah berparut sikit sebab kesan jerawat,still lagi ada orang tegur kulit muka sue 'ok'.

And sue notice pasal ni mungkin sebab pengambilan nutrisi dan vitamin yang betul setiap hari.(clap)

And you know what,i did not wash my face carefully since my Noh deliver.It almost 1y 9month already.Sebab last foam sue beli hari tu dah habis.Then lepas tu,Nutriwhite dah discontinue untuk pasaran malaysia.Now Youth skin care dah masuk Malaysia.So sue decide nak continue with Youth la pulak.

Actually bukan sebab malas nak sental muka,banyak je skin care kat luar sana yang bagus.But,i think pembawakan la kot.2017 bersalin kan Noh,2018 pulak bersalinkan Hud.Agaknya mengandungkan anak lelaki ni memang jenis tak suka berhias dan bercantik-cantik agaknya ye.

So sepanjang tempoh mengandung tu,sue consume la vitamin kecantikkan yang boleh diambil waktu pregnant.Kecuali Vitamin E.Vitamin E ni tak digalakkan ambik ketika waktu mengandung sebab kandungan antioksidanya yang tinggi.So yang sue konsisten ambik ialah ESP,Vitamin C & B complex



ESP
Sumber protein soya yang tidak diubah genetiknya. 20 jenis asid amino dalam ESP perlu untuk bina sel dan tisu baru pada kulit yang rosak, membuatkan kulit menjadi sekata dan tidak kusam.



Vitamin C
Melambatkan proses kerosakkan oleh radikal bebas yang menjadi punca kemusnahan kolagen serta masalah kulit kering , kedut serta garis halus.Vit C adalah antioksidan yang berfungsi untuk melindungi dan membaiki kulit. Anda perlu tahu VITAMIN C adalah bahan utama dalam sintesis Kolagen.


Vitamin E ( Tak digalakkan untuk wanita hamil)
Merupakan antioksidan yang tidak dapat dihasilkan oleh badan dan ia bertindak meneutralkan radikal bebas serta mencegah proses penuaan daripada berlaku.


B Complex
Membantu mengekalkan tona kulit sekata dan sihat. Vitamin B sangat berguna untuk mengawal stress. Tahukah anda,salah satu punca jerawat adalah STRESS?? So , jangan stress sangat yer.Cuba kekalkan untuk senyum even dalam hati rasa marah ok..Cas positif amat penting untuk kesihatan bahkan untuk kecantikkan juga oullss
Set lengkap untuk kulit ni tengah ada promosi.Kalau korang dah ada niat nak cuba,elok sangat la grab masa tengah sales ni.Jimat poket korang!
.

www.wasap.my/60173086058
Shaklee consumer since 2013😍
Continue Reading

KULIT TERBAKAR,MELECUR HAMPIR SELURUH MUKA

Kulit terbakar terkena api hari ke-4 Ramadhan 2015.

Ketika baru sahaja terkena api, letak Basic H pada tempat terbakar. Kesemua tempat yang disapu Basic H, Alhamdulillah tidak mennggelembung kulitnya dan tidak meninggalkan parut.

Warded di hospital 1 malam.

Selepas pulang ke rumah, terus consume secara konsisten:

1) Vit C & E
2-4 biji bagi membantu memulihkan sel2 kulit

2) Ostematrix
4-6 biji sbgi penganti pain killer amir sbb masih terasa sakitnya

3) Collagen Powder
1 sachet pagi dan 1 sachet sebelum tidur bagi membantu melembapkan kulit dan melicinkan juga

4) Zinc
2-3 biji bagi membantu merawat luka melecur

5) Alfalfa
5 biji bagi mengawal tahap kegatalan dikawasan melecur

6) ESP & Performance Drink
2 kali sehari bagi membekalkan protein untuk badan disamping tidak bagi terhidrat

Alhamdulillah ketika raya wajah Amir memang tak nampak macam pernah terbakar pun :)

Continue Reading

Tawakkal

Try To Conceive lagi






Actually,post ni saya tulis masa 3 tahun lepas.Masa tu memang tengah menunggu Allah hadirkan zuriat buat kami.Tapi tak terpublish lagi.Pepun,tahun ni saya publish.Sebab semua ni kenangan.Dah tua nanti boleh recap balik.haha.

Blog ni umpama diari la jugak kan.Tapi diari yang tak rahsia.Sebab semua orang boleh baca sampai bila-bila.
.
.
.
.
.

Cik P saya biasa memang tepat,lewat sehari @ awal sikit tu ada la jugak.Kalau lewat tu,takda benda lain dah dalam otak ni,ni mesti pregnant.Cepat-cepat la p beli urin test & tak sabar jugak nak tunggu esok pagi nak test urin tu.Kadang-kadang tak sempat pakai pun,cik P menjengah dah.Over tau cik P ni.tak nak kasi can langsung.

Ada sekali tu lewat 4 hari,konon cita la dengan en husband rasa macam nak muntah la,nak nangis la,perut asyik lapar la,padahal simptom nak period tu la.Perasan je lebih kan.Sudahnya malam tu period jugak.Sengih la macam kerang busuk kat en.suami tu.Dia cam biasa la,dengan muka simpati dia tu.Menci tau.

Walauapapun,dalam tempoh TTC ni,saya memang tak putus asa,cuba juga macam-macam cara.Makan makanan sunnah la,berurut la,minum susu la,pati delima gulsan,olive oil semua telan.Tapi semua ni on off la.Time semangat telan,time malas jeling pun tak.

Annoying sangat bila fikir pasal ni.Sebab rasa macam over.Orang lain TTC hampir 10 tahun pun act like nothing to worry,but me?mesti orang cakap,alahai baru setahun.Apa lah sangat.hihi..malu sendiri tau.

Ok..tu je la nak cita untuk hari ni.


Bye!












Continue Reading

Cara rawat bayi batuk dan selsema


Setiap hari ada saja ibu yang membawa bayinya berusia di bawah 6 bulan kerana selsema. Batuk-batuk dan hidung berhingus.

Kalau bayi tidak demam & tiada tanda-tanda jangkitan paru-paru memang tak kasi apa-apa ubat kerana ubat batuk & selsema tak sesuai untuk bayi bawah 2 tahun.

Atau paling-paling standby panadol, tapi saya tak suka bagi-bagi ubat macam tu kalau tak ada simptom. Sebabnya, ramai orang dewasa termasuk saya sendiri suka standby ubat dalam fridge untuk kegunaan kecemasan katanya.Tapi kadang-kadang tak perasan yang ubat dalam fridge tu dah expired. Ubat expired ni, mungkin lebih berbahaya.

Jangan suka-suka bagi ubat untuk bayi bawah 6 bulan.

Nak tau kenapa bayi perlu diberi susu ibu saja dalam 6 bulan pertama?

1. Susu ibu membekalkan antibodi

Sebelum usia 6 bulan, bayi tidak boleh menghasilkan antibodi sendiri & dapat daripada susu ibu. Dalam susu formula pun tak ada perlindungan untuk sistem imun bayi. Malah, susu formula mungkin lebih mudah untuk tercemar. Jadi, bayi senang sangat nak dapat jangkitan daripada orang sekeliling.

2. Susu ibu membentuk lapisan pelindung

Susu ibu juga membentuk satu lapisan pada perut bayi untuk mengelakkan kuman masuk ke saluran darah melalui perut. Jika ada makanan selain susu ibu yang masuk, lapisan ini akan runtuh & risiko jangkitan kuman juga meningkat.

TIPS JIKA BAYI SELSEMA

1. Saya dan bawang putih memang tak boleh dipisahkan kerana bawang putih boleh melemahkan virus selsema.

~~Untuk bayi saya suka buat steam bawang putih. Rebuskan beberapa ulas bawang putih dalam air. Bila dah mendidih, riba anak dalam bilik air.

Sebab bilik air ruang dia sempit, jadi wap itu akan berkumpul dalam bilik tu.

~~Bakar sikit bawang putih, tumbuk sikit tak perlu hancur. Letak dalam apa-apa kain, buat macam uncang atau bunjut & bagi bayi hidu. Jangan direct ke hidungnya sebab mungkin dia rasa tak selesa.

~~Bakar sikit bawang putih dan tumbuk sikit. Campur dalam minyak zaitun & sapu pada dada dan tapak kaki baby.

2. Sapu kunyit pada hidungnya.

3. Lakukan percussion pada paru-paru untuk longgarkan kahak. Tepuk dengan lembut saja tau.

4. Mandikan bayi dengan air lemon. Segar sangat, sampai kita pun rasa nak berendam sama.

5. Boleh guna nasal spray jika hidung tersumbat.

6. Sedut keluar hingus baby menggunakan nasal aspirator. Elakkan sedut dengan mulut sebab boleh menyebarkan jangkitan daripada kuman dalam mulut kita.

7.Ibu yang menyusukan bayi, elakkan makanan yang boleh menyebabkan mukus. Contohnya produk tenusu, tepung gandum & makanan manis2. 

8. Begitu juga jaga makan anak-anak yang dah besar. Banyakkan air masak dan kurangkan makanan manis, lebih2 lagi jajan.

BILA NAK BAWA ANAK KE HOSPITAL

1. Batuk / selsema lebih seminggu

2. Batuk / selsema dan disusuli dengan demam tak kebah lebih 3 hari. Jangkitan virus juga boleh menyebabkan demam, tapi takut ada secondary bacterial infection. 

3. Anak selsema dan tak mahu menyusu/ makan minum lebih 6 jam.

4. Anak batuk teruk, sampai tak boleh tidur atau batuk berpanjangan. 

5. Pernafasan laju & anak berusaha keras untuk bernafas / terdapat lekuk pada dadanya bila bernafas.

6. Nafas berbunyi seperti kucing atau macam wisel, bunyi halus ya. Bukan wisel pengadil tiup masa main bola.

7. Anak kebiruan / tak bermaya.

Bawa saja ke klinik kalau rasa anak tak sihat walaupun anak nampak ok. Dapatkan rawatan & nasihat daripada doktor. Jangan takut setakat doktor nak membebel je.

Elakkan bawa anak yang tak sihat ke tempat awam. Selain mudah terdedah kepada kuman lain, takut anak kita pula penyebar kuman.

Jauhi asap rokok kerana asap rokok boleh memburukkan keadaan & melemahkan lagi imuniti baby. Kalau anak balik-balik batuk selsema, cuba cek sekeliling... ada tak orang berdekatan merokok atau terdedah kepada pencemaran.

Ibu-ibu juga boleh bantu tingkatkan imun diri & baby dengan Set Penyusuan Shaklee. Boleh whatsapp saya untuk info lanjut.

Set Menyusu Basic


www.wasap.my/60173086058

Kredit Fyda Noh
Continue Reading

Promosi Energizing Soy Protein-ESP bulan Januari 2019


Antara kegemaran orang Malaysia ESP ni.Kebetulan tahun baru,semangat baru Shaklee pulak buat promosi salah satu produk yang paling top,paling laju,paling laris di jual bulan ni.

ESP ni memang jadi salah satu top supplemen yang sue selalu ambik.Banyak sangat manfaatnya.Dan yang paling penting tujuan utama sue ambik esp ni adalah sebab untuk kecantikkan.haha

Korang tahu tak,tubuh badan kita ni terdiri komponen utama yang terbentuk melalui protin?seperti kulit,rambut,kuku dan tulang?Pembinaan tisu badan merupakan fungsi utama protin.So sebab tu la kulit,rambut,kuku yang cantik tulang yang sihat selalunya didapati daripada protin yang baik.

"Takut la nak minum esp,sebab esp asasnya daripada soya."

Soya tak salah sayang,yang salah cara penghasilan soya tu.ESP Shaklee ni memang beasaskan soya,tapi soya yang Shaklee pakai ni adalah soya NON-GMO Soya yang tak diubah genetiknya.Bahasa mudahnya tidak dicampur bahan kimia yang boleh menjahanamkan kesihatan.Tanpa racun perosak / baja kimia.

Zaman sekarang sayur pun beracun dik,macam mana nak eat clean.Bukan senang nak dapatkan sayur organik,ayam organik kan.Kalau ada pun harganya agak mahal dari biasa.

Tengok pun telan air liur.


So korang yang memang dah terbiasa minum esp ni better la korang grab sekaran.Murah sangat.Boleh dapat free membership & cash back lagi.Dah la dapat percuma 1 tong ESP!

Korang tekan link ni laju laju yer.Offer ni bukan setiap bulan ada.Special untuk bulan ni jer.

www.wasap.my/60173086058





Continue Reading