PAP SMEAR : SAKIT KAH?



Perasaan takut,sakit & gerun tu memang tak di nafikan la,memang ada.Nak-nak lagi bila terbayang prosedur-prosedur yang doktor buat tu.

Actually,pap smear langsung tak menyakitkan & prosesnya amat mudah dan cepat.

Bagi perempuan yang dah berkahwin,amatlah digalakkan buat ujian ni.Saya dulu pun bukan tahu pasal benda-benda camni.Bila dah berkahwin,secara tidak langsung kita di dedahkan dengan hal-hal kesihatan berkaitan intim untuk mengelakkan kita daripada mengalami masalah-masalah & penyakit berbahaya yang tak diingini suatu hari nanti.

Pap smear ni sebenarnya utk mengesan barah servik atau jangkitan.Korang tahu tak servik tu apa?



Sistem peranakan -ihsan google

.

Apa itu Pap Smear : 


  • Ujian PAP ini dikenali sebagai Pap Smear (ujian papanicolaou).Ujian ini di lakukan dengan mengambil sedikit tisu dari pangkal serviks.Kemudian tisu itu di hantar ke makmal untuk mengesan tisu-tisu yang abnormal dan berpotensi untuk menjadi kanser.
  • Biasanya sel serviks tadak berubah menjadi sel kanser dalam masa semalaman.Sel yang normal akan mengalami beberapaperubahan dalam jangka masa tertentu sebelum menjadi sel kanser.Ujian pap smear boleh mengesan perubahan pada sel peringkat awal sebelum ia berubah menjadi sel kanser.
  • Masa yang diambil bagi sel normal untuk menjadi sel kanser adalah diantara 2 hingga 10 tahun.Jadi sekiranya pap smear dilakukan setiap tahun,peluang untuk mengesan sel-sel yang berpotensi menjadi sel kanser adalah cerah sebelum ia menjadi kanser serviks.
  • Rawatan di peringkat awal mempunyai peluang cerah untuk sembuh.Di samping itu juga,semasa prosedur pap smear,doktor juga boleh mengesan polip dan jangkitan.


Syarat sebelum memulakan ujian Pap Smear :

  • Elakkan guna tampon
  • Ujian dilakukan semasa tempoh haid sudah habis.Paling sesuai hari ke 7-10 selapas datang bulan
  • Tidak di galakkan "bersama" suami dalam tempoh 24 jam.Kalu esok korang ada temujanji untuk buat ujian Pap Smear,better puasa dulu la yer.Sebab ia juga akan mempengaruhi keputusan ujian nanti
  • Jangan masukkan apa-apa ubatan ke dalam miss V sehari sebelum temujanji.Maajun ke,krim ke,ubat anti kulat ke.Jangan ye.


Saya sebenarnya secara tak sengaja juga kena buat ujian ni.Atas nasihat misi hari tu selepas saya mengalami keguguran buat kali pertama misi suruh  buat pap smear ni.bukan selepas gugur buat terus yer.Hari tu buat lepas sebulan lebih jugak la.

Mula mula misi akan bagi paper soalan.Bukan macam ujian peperiksaan pun.Dekat situ ada soalan2 macam,pernah melakukan pembedahan ke,ada penyakit serius ke,ada ambik ubat-ubatan hormon ke.Klu tak silap ubat hormon tu termasuk la suplemen jgk kot.So better time korang nak jawab tu korang tanya betul-betul dulu.Sebab soalan tu jugak mempengaruhi ujian pap smear yang akan korang lakukan tu nanti.

Then,settle jawab apa yang dia tanya,cik misi akan suruh korang baring,yang bagusnya,misi ni jugak akan ajar camana cara untuk cek breast untuk kesan tanda-tanda barah payudara.Bagus kan?Korang pun boleh buat sendiri lepas ni ok.Misi tu ada cakap,kalau nak cek jgn cek masa period,sebab masa tu payudara kita tengah mengembang.Seeloknya seminggu lepas period datang & selepas kita mandi buat pemeriksaan tu.Katanya lg,simptom-simptom barah payudara ni tak semua orang dapat rasa tau.Takda rasa sakit pun.tahu-tahu dah kena barah.sebab tu penting untuk kita cek sendiri.

Lepas settle semua tu baru la misi akan buat pap smear tu.Part ni la yg paling buat aku ragu-ragu.Bukan ragu-ragu sebenarnya,tapi malu.hahaha.Diorang akan cek kawasan intim kita tau.Ada 1 alat yg misi tu akan masukkan dalam gugurl kita.Macam muncung itik gitu.Misi akan ambik specimen kat dinding servik kita untuk di uji.then,siap!Betul weh,tak sakit.yg penting korang rileks je.jangan lawan misi tu buat apa.Keputusan akan keluar dalam masa 3 bulan dr tarikh buat pap smear tu.Jika ada apa2 yg tak kena & di ragui,biasanya pihak hospital akan call bagitahu kita sendiri keputusan ujian tu.If takda apa-apa,& dalam masa 3 bulan tu takda pun panggilan dari hospital anggap je la kita sihat walafiat.Kalau korang nak jugak tahu keputusan tu,korang boleh refer klinik @ hospital yg korang pegi tu selepas 3bulan dari tarikh ujian ok.


Prosedur Pap Smear-ihsan google


Untuk kaum hawa kat luar sana,saya seru sangat korang semua cepat-cepat jumpa doktor if ada apa-apa rasa yang tak kena atau rasa lain dari kebiasaan.Kita orang pempuan ni kena alert & jaga sangat-sangat diri kita ni.Orang kata badan nak pakai lama.nak kahwin,nak beranak pinak.jangan takut untuk sakit mencegah ok.

Oh lupa nak bagitahu,kalau buat ujian ni kat Hospital Kerajaan atau Klinik Kesihatan Kerajaan cas cuma RM1 semasa daftar tu je.Kalau Klinik swasta mahal jugak rasanya.

Sekian,bye!

3 comments:

  1. kena salin pakaian ke buat pap smear?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak perlu.cuma kena bukak seluar / skirt je..hehe..

      Delete
    2. trim ape2 yg patut sebelum buat pap smear.nanti takdelah malu sangat nak mengadap dpn nurse.nurse siap suluh lampu lagi

      Delete