suehasan.com: Part 1 : Review Majlis Akad Nikah Cikpuan Sue.

Part 1 : Review Majlis Akad Nikah Cikpuan Sue.

Hampir setahun dah majlis berlalu baru hari ni nak buat review.hiks.tapi takpela kan.kadang sibuk dengan kerja hakiki & tugas wajib.maklum la,human being.
.
.

Btw majlis aku berlangsung Alhamdulillah baik & tersusun belaka.Dari malam akad nikah sampai la majlis sanding esoknya.
.
.

Akad nikah berlangsung pukul 9 lebih kurang la.sebab mak dah cakap akad nikah tu buat lepas solat isyak.Solat isyak berjemaah di imamkan oleh pelajar pondok.yg ni aku tak pasti pondok mana.sebab abang tiri aku yg uruskan.Akad nikah buat kt rumoh jah.
.
.

Dengan sekali lafaz,aku sah bergelar isteri kepada Mohamad Juazli b Kamaludin.Hi en suami!Di nikahkan oleh imam muda kg TCD.





Baju akad nikah aku & suami malam tu kami tempah sendiri.cari kain sendiri,cari tailor sendiri.Saja taknak sewa sebab kos mahal & rasa tak berbaloi sewa beratus-ratus,pakai sekejap je pastu pulang balik.Kalau tempah sendiri at least boleh simpan utk moment akan datang.Mengimbau masa akad nikah dolu-dolu.Kot anak cucu pun boleh mewarisi.haaa..over!

.
.

Terfikir gak nak jual @ sewakan saja baju tu.Tapi...nanti lah..tunggu pintu hati terbukak dulu.^_^

.
.

Malam tu aku diwalikan oleh abang kandungku sebab ayah aku dah takda..sobs..sedih kalau ingat waktu tu balik.kan best kalau arwah sempat tengok anak kesayangan dia ni jadi isteri orang(aku redha ya Allah sesungguhnya Engkau lebih mengetahui apa yang Kau aturkan untuk hambamu ini).Aku menerima seutas rantai emas berserta loket sebagai maskawin & goldbar sebagai hantaran.Aku syor sangat kat korang yang tengah merancang nak kawin.Jadikan gold bar atau dinar sebagai maskawin korang.In shaa Allah takkan rugi.Sebab korang pun tahu kan keadaan ekonomi global sekarang macamana.Bila sesak aku gadai la.hahaha!










Terima kasih buat family yg jauh sanggup balik meraikan wedding aku.Sungguh tak sangka aku dah bersuami.Dulu-dulu hingus pun mak kakak lap kan lagi.Tak lama lagi aku pulak lap hingus junior aku.Ehh...In Shaa Allah..mudah-mudahan.Sekarang masih belum ada tanda-tanda lagi.Kadang terasa juga bila ada yang bertanya.Positifkan diri je,diorang bukan apa kan,ambik berat.hiks!




Review wedding part 2


6 comments:

  1. Alhmdulillah selamat sudah ^_^

    ReplyDelete
  2. emm betul jugak hantaran as goldbar je. serious tak terfikir. Year by year, emas tu akan jadi makin mahal kann. Congrats even dah lama dah nikah ni :') saya ni muda lagi tak tau la bila nak kawin >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup..emas lg lama lg mhl.Simpanan utk masa depan jugak tu...XPe la,cri duit bebanyak dlu.Enjoy puas2!haha

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

suehasan.com Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign