BerTTC

Kalau di tambah tolak bahagi darab semua dah hampir 1y 3m jugak saya as a TTcian ni.Apa TTC ni.TTC ni Try To Conceive ataupun bahasa paling senang adalah mencuba untuk hamil.

Bila difikirkan & kenangkan balik,mungkin salah diri sendiri jugak di uji Allah sebegini.Sebelum gatal nak kawin dulu,pernah jugak bagitahu Mr.Perfect yang kalau boleh lepas kawin taknak dulu ada baby.Nak honeymoon puas-puas.And pada bulan pertama perkahwinan kami jugak saya cuba merancang untuk takda baby dalam tempoh masa terdekat..sobs! Then melarat la sampai sekarang hampir 1y3m dah still mencuba lagi.Tu laa..dulu mulut gatai sangat kan cakap bukan-bukan,now jadi camni mula la sedih.Tapi kan bila dah lama kawin tu,perasaan nak baby tu datang sendiri tau.Mesti ada punya,even orang yang baru kawin sehari pun dah rancang nak baby cecepat.




Tapi apapun saya redha,percaturan Allah itu lagi Maha Hebat!Dia lebih tahu bila masa yang sesuai untuk kami mempunyai keluarga kecil tu.

Then,Alhamdulillah bulan 5 (24/5/2016) masa ni dapat berita yang menggembirakan,saya hamil 5 minggu kata doktor.Tapi esoknya keguguran.Dapat la jd ibu sehari.Sedih,tapi takda la meratap meraung ok.Sebenarnya saya tak tahu pun yang saya mengandung sebelum tu.Seminggu sebelum sepatutnya datang bulan tu,ada la spotting coklat & perut memulas macam nak period gitu.So ingatkan biasa.Then lepas 3 hari sepatutnya period tu darah coklat dah mula kuar non stop.Tapi tak banyak pun.Saya ? still la camtu,rileks lagi tahan selagi boleh.Sampai la that day suami paksa jugak pegi cek doktor.Then baru la tahu pregnant..Wahh..happy sebab nak jd ibu.Tp ibu sehari je.lepas tu berhuhu la esoknya tuu...

Pada yang kat luar sana,yang senasib like me,banyakkan bersabar ok,terus usaha jangan putus asa.Kesihatan & pemakanan wajib jaga,vitamin pun amal la selagi kau bernama manusia ye.

Pada yang merancang nak kawin,jangan gatal-gatal mulut cakap benda bukan-bukanye.Yela,mungkin takdir saya jugak kan sebab lambat dapat baby,tapi percakapan tu pun umpama satu doa juga.Tak yah la rancang bagai ye.Kalau bunting pelamin pun terima je.Dah namanya kawin,kalau taknak anak jangan la kawin ye dakk..hiks!

Sekarang sambung berTTC balik.

Sekian..








Continue Reading

TESTIMONI ESP + Set Hamil

Testimoni ESP + set hamil Shaklee

Orang kata fasa pertama / trimester pertama merupakan saat yang paling fagile bagi baby.Masa ni janin baru terbentuk.Amat penting kita sebagai ibu menjaga kandungan dan mengamalkan pemakanan terbaik demi mengukuhkan lagi janin dalam rahim kita agar lahir sempurna serta sihat.


Proses pembetukkan bayi-ihsan google


Ramai ibu yang mengadu letih dan mood tak menentu ketika hamil.Hb tak cantik,kencing manis,darah tinggi.Itu belum masuk yang selalu kena simpul mengkarung.Banyak dugaan ibu mengandung ni kan.


Antara testimoni ibu yang mengamalkan ESP + Set Hamil Shaklee













Continue Reading

PAP SMEAR : SAKIT KAH?



Perasaan takut,sakit & gerun tu memang tak di nafikan la,memang ada.Nak-nak lagi bila terbayang prosedur-prosedur yang doktor buat tu.

Actually,pap smear langsung tak menyakitkan & prosesnya amat mudah dan cepat.

Bagi perempuan yang dah berkahwin,amatlah digalakkan buat ujian ni.Saya dulu pun bukan tahu pasal benda-benda camni.Bila dah berkahwin,secara tidak langsung kita di dedahkan dengan hal-hal kesihatan berkaitan intim untuk mengelakkan kita daripada mengalami masalah-masalah & penyakit berbahaya yang tak diingini suatu hari nanti.

Pap smear ni sebenarnya utk mengesan barah servik atau jangkitan.Korang tahu tak servik tu apa?



Sistem peranakan -ihsan google

.

Apa itu Pap Smear : 


  • Ujian PAP ini dikenali sebagai Pap Smear (ujian papanicolaou).Ujian ini di lakukan dengan mengambil sedikit tisu dari pangkal serviks.Kemudian tisu itu di hantar ke makmal untuk mengesan tisu-tisu yang abnormal dan berpotensi untuk menjadi kanser.
  • Biasanya sel serviks tadak berubah menjadi sel kanser dalam masa semalaman.Sel yang normal akan mengalami beberapaperubahan dalam jangka masa tertentu sebelum menjadi sel kanser.Ujian pap smear boleh mengesan perubahan pada sel peringkat awal sebelum ia berubah menjadi sel kanser.
  • Masa yang diambil bagi sel normal untuk menjadi sel kanser adalah diantara 2 hingga 10 tahun.Jadi sekiranya pap smear dilakukan setiap tahun,peluang untuk mengesan sel-sel yang berpotensi menjadi sel kanser adalah cerah sebelum ia menjadi kanser serviks.
  • Rawatan di peringkat awal mempunyai peluang cerah untuk sembuh.Di samping itu juga,semasa prosedur pap smear,doktor juga boleh mengesan polip dan jangkitan.


Syarat sebelum memulakan ujian Pap Smear :

  • Elakkan guna tampon
  • Ujian dilakukan semasa tempoh haid sudah habis.Paling sesuai hari ke 7-10 selapas datang bulan
  • Tidak di galakkan "bersama" suami dalam tempoh 24 jam.Kalu esok korang ada temujanji untuk buat ujian Pap Smear,better puasa dulu la yer.Sebab ia juga akan mempengaruhi keputusan ujian nanti
  • Jangan masukkan apa-apa ubatan ke dalam miss V sehari sebelum temujanji.Maajun ke,krim ke,ubat anti kulat ke.Jangan ye.


Saya sebenarnya secara tak sengaja juga kena buat ujian ni.Atas nasihat misi hari tu selepas saya mengalami keguguran buat kali pertama misi suruh  buat pap smear ni.bukan selepas gugur buat terus yer.Hari tu buat lepas sebulan lebih jugak la.

Mula mula misi akan bagi paper soalan.Bukan macam ujian peperiksaan pun.Dekat situ ada soalan2 macam,pernah melakukan pembedahan ke,ada penyakit serius ke,ada ambik ubat-ubatan hormon ke.Klu tak silap ubat hormon tu termasuk la suplemen jgk kot.So better time korang nak jawab tu korang tanya betul-betul dulu.Sebab soalan tu jugak mempengaruhi ujian pap smear yang akan korang lakukan tu nanti.

Then,settle jawab apa yang dia tanya,cik misi akan suruh korang baring,yang bagusnya,misi ni jugak akan ajar camana cara untuk cek breast untuk kesan tanda-tanda barah payudara.Bagus kan?Korang pun boleh buat sendiri lepas ni ok.Misi tu ada cakap,kalau nak cek jgn cek masa period,sebab masa tu payudara kita tengah mengembang.Seeloknya seminggu lepas period datang & selepas kita mandi buat pemeriksaan tu.Katanya lg,simptom-simptom barah payudara ni tak semua orang dapat rasa tau.Takda rasa sakit pun.tahu-tahu dah kena barah.sebab tu penting untuk kita cek sendiri.

Lepas settle semua tu baru la misi akan buat pap smear tu.Part ni la yg paling buat aku ragu-ragu.Bukan ragu-ragu sebenarnya,tapi malu.hahaha.Diorang akan cek kawasan intim kita tau.Ada 1 alat yg misi tu akan masukkan dalam gugurl kita.Macam muncung itik gitu.Misi akan ambik specimen kat dinding servik kita untuk di uji.then,siap!Betul weh,tak sakit.yg penting korang rileks je.jangan lawan misi tu buat apa.Keputusan akan keluar dalam masa 3 bulan dr tarikh buat pap smear tu.Jika ada apa2 yg tak kena & di ragui,biasanya pihak hospital akan call bagitahu kita sendiri keputusan ujian tu.If takda apa-apa,& dalam masa 3 bulan tu takda pun panggilan dari hospital anggap je la kita sihat walafiat.Kalau korang nak jugak tahu keputusan tu,korang boleh refer klinik @ hospital yg korang pegi tu selepas 3bulan dari tarikh ujian ok.


Prosedur Pap Smear-ihsan google


Untuk kaum hawa kat luar sana,saya seru sangat korang semua cepat-cepat jumpa doktor if ada apa-apa rasa yang tak kena atau rasa lain dari kebiasaan.Kita orang pempuan ni kena alert & jaga sangat-sangat diri kita ni.Orang kata badan nak pakai lama.nak kahwin,nak beranak pinak.jangan takut untuk sakit mencegah ok.

Oh lupa nak bagitahu,kalau buat ujian ni kat Hospital Kerajaan atau Klinik Kesihatan Kerajaan cas cuma RM1 semasa daftar tu je.Kalau Klinik swasta mahal jugak rasanya.

Sekian,bye!

Continue Reading

DAFTAR AHLI

Camne Nak Jadi Ahli Shaklee?

.
Kakak nak share macam mana mudahnya nak jadi ahli shaklee dan layak menikmati pelbagai manfaat BEST!

.
1st jadi ahli shaklee bukan wajib untuk menjual. Tak nak bisnes pun tak apa. Boleh daftar ahli dan untuk pembelian diri sendiri je. Jimat dan diskaun sehingga 30% tau! Siap boleh dapat FREE CASH BONUS mengikut syarat tertentu 😊

.
Berapa bayaran nak daftar ahli?

1. Bayaran keahlian RM69.00 + postage RM10.60 .

✅ BAYARAN YURAN SEKALI SEUMUR HIDUP
✅ Ahli PERLU diperbaharui.TANPA bayaran (Voucher akan diberi)
✅ TIADA had pembelian minima

2. Anda akan di daftarkan keahlian secara online di http://shaklee2u.com.my

3. Anda akan memperolehi nombor ID shaklee melalui sms/email

4. Tahniah! Anda sudah boleh mula membeli dengan harga ahli dan akan nikmati banyak kelebihan lain sebagai ahli!

5. Sekarang, layari laman web http://shaklee2u.com.my/mbst_en/ untuk ke akaun anda sebagai ahli shaklee yang sah!😍

Anda ingin DAFTAR AHLI SHAKLEE? Hubungi sekarang untuk bantuan atau penerangan : 

Sue Hasan
Sid : 927871

Continue Reading

4 LANGKAH MUDAH UNTUK SIHAT,CANTIK DAN BERTENAGA


1-Cedukkan 1 1/2 scoop ESP kedalam shaker (kalau beli dengan sy dapat la percuma shaker Shaklee yg comel ni) 


2- Kemudian langkah seterusnya,masukkan air suam/sejuk sahaja (air panas tidak digalakkan ye sebab dikhuatiri akan memusnahkan protien) kedalam shaker tadi.Boleh masukkan 200ml air.


3- Kemudian tutup rapat penutup shaker anda,then shake it..shake it..shake it sampai sebati.(kalau sy suka biarkan seminit dua lepas shake baru minum.nikmat ya amat!) 


4- Dah shake,boleh la terus minum.yuhuuu..sedap sangat.Beberapa teguk je dah habis.



Actually,ESP ni bukan saja boleh di minum kosong camtu je tau.Boleh jugak dicampur dengan perisa kegemaran anda yang lain jugak.Bagi yang susah nak minum plain camtu je boleh cuba resepi ini :

- ESP + Fresh Milk
- ESP + Fresh Milk + Kurma (rendam kurma dalam susu,biar seketika then blend @ shake)
- ESP + Performance Drink Shaklee
- ESP + Mealshake Shaklee
- ESP + Nesvita 3 in 1
- ESP + Jus Twister Tropicana
- ESP + Ribena
- ESP + Milo
- ESP + Horlicks
- ESP + Sirap Bandung
- ESP + Tamar CoCoa
- ESP + Koko + Oat
- ESP + Nestle Bliss ( kalau sejuk lagi best)
- ESP + Kurma + Kismis + Badam + Fresh Milk

* Elakkan dari mencampur ESP dengan produk berkafien & bergas.

Selamat Mencuba!


Continue Reading

Part 1 : Review Majlis Akad Nikah Cikpuan Sue.

Hampir setahun dah majlis berlalu baru hari ni nak buat review.hiks.tapi takpela kan.kadang sibuk dengan kerja hakiki & tugas wajib.maklum la,human being.
.
.

Btw majlis aku berlangsung Alhamdulillah baik & tersusun belaka.Dari malam akad nikah sampai la majlis sanding esoknya.
.
.

Akad nikah berlangsung pukul 9 lebih kurang la.sebab mak dah cakap akad nikah tu buat lepas solat isyak.Solat isyak berjemaah di imamkan oleh pelajar pondok.yg ni aku tak pasti pondok mana.sebab abang tiri aku yg uruskan.Akad nikah buat kt rumoh jah.
.
.

Dengan sekali lafaz,aku sah bergelar isteri kepada Mohamad Juazli b Kamaludin.Hi en suami!Di nikahkan oleh imam muda kg TCD.





Baju akad nikah aku & suami malam tu kami tempah sendiri.cari kain sendiri,cari tailor sendiri.Saja taknak sewa sebab kos mahal & rasa tak berbaloi sewa beratus-ratus,pakai sekejap je pastu pulang balik.Kalau tempah sendiri at least boleh simpan utk moment akan datang.Mengimbau masa akad nikah dolu-dolu.Kot anak cucu pun boleh mewarisi.haaa..over!

.
.

Terfikir gak nak jual @ sewakan saja baju tu.Tapi...nanti lah..tunggu pintu hati terbukak dulu.^_^

.
.

Malam tu aku diwalikan oleh abang kandungku sebab ayah aku dah takda..sobs..sedih kalau ingat waktu tu balik.kan best kalau arwah sempat tengok anak kesayangan dia ni jadi isteri orang(aku redha ya Allah sesungguhnya Engkau lebih mengetahui apa yang Kau aturkan untuk hambamu ini).Aku menerima seutas rantai emas berserta loket sebagai maskawin & goldbar sebagai hantaran.Aku syor sangat kat korang yang tengah merancang nak kawin.Jadikan gold bar atau dinar sebagai maskawin korang.In shaa Allah takkan rugi.Sebab korang pun tahu kan keadaan ekonomi global sekarang macamana.Bila sesak aku gadai la.hahaha!










Terima kasih buat family yg jauh sanggup balik meraikan wedding aku.Sungguh tak sangka aku dah bersuami.Dulu-dulu hingus pun mak kakak lap kan lagi.Tak lama lagi aku pulak lap hingus junior aku.Ehh...In Shaa Allah..mudah-mudahan.Sekarang masih belum ada tanda-tanda lagi.Kadang terasa juga bila ada yang bertanya.Positifkan diri je,diorang bukan apa kan,ambik berat.hiks!




Review wedding part 2


Continue Reading

Promo March 2016 ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)



Assalamualaikum semua.Nampak gayanya bulan ni mandi ESP lagi la ye.Shaklee buat promo ESP beli 6 dapat 7 @ setiap pembelian 2 botol ESP dapat kurang 5% dari harga asal.Best kan.

Kepada sesiapa yang ingin dapatkan  ESP ataupun vitamin Shaklee yg lain,hubungi sy cepat-cepat.Saya buat penghantaran percuma di sekitar Selayang,Kepong,Batu Caves.Untuk yang berada di luar kawasan pula,saya boleh poskan ke alamat sedara,sedari terus.

Hubungi saya :
Sue Hasan
Whatsapp / SMS :



Sedikit info mengenai Protin :

PROTEIN adalah ASAS dan MAKANAN kepada sel.. Protein penting untuk PEMBENTUKAN dan PEMBAHARUAN SEL.. jadi bila sel SIHAT dan cukup ENERGY, PENYERAPAN nutrien adalah lebih OPTIMUM..

✔️UNTUK KURUS- ESP mengawal selera makan.

✔️UNTUK PUASA- ESP memberi rasa kenyang lebih lama..membekalkan tenaga sepanjang hari

✔️UNTUK TAMBAH SUSU BADAN-ESP membantu mempercepatkan penghasilan susu

✔️UNTUK CANTIK- ESP menggebu, melicin dan menganjalkan kulit
UNTUK SIHAT- ESP menyihatkan tubuh keseluruhannya.

✔️UNTUK IBU HAMIL- ESP menguatkan rahim, untuk pembentukan otot baby

✔️NAK HAMIL- ESP memelihara dan memulihara rahim.. membekalkan tenaga.

ESP merupakan sumber protin dari tumbuhan yang paling terbaik.Ia melalui proses pembuatan yang sangat teliti.Bermula dari langkah penanaman sehingga terhasil ESP melalui kaedah tanpa genetik yang di ubah (NON GMO).
Continue Reading

TIPS KURUS

Korang kurus camana pun mesti google gak kan tips ni.Tips kurus,cara hilangkan lemak,cara kecikkan paha,perut,diet seimbang,atkin & so on.xyah tipu la,kemonlaa..aku pun cam korang jugak.Kurus camana pun xleh lari dari realiti mind set "gemuk la rasa".well..kita kan pompuan.😏
.
.
Actually,nak kurus ni tak susah sebenarnya kalau kena dengan cara & gayanya.Ada orang sanggup diet sampai tak makan langsung,nasi tak sentuh,ais tak minum.coklat,kek lansung tak pandang.Sudahnya telan air liur je la kalau semua benda pun korang puasakan perut tu.
.
.
Ni nak bagitahu korang,asas utama nak kurus adalah AIR.Korang tahu tak,air ni punca utama korang boleh kuruskan badan.Air jugak mampu buat kulit jadi cantik tau.mentang-mentang aku cakap air boleh buat korang kurus,jangan p teguk sampai jadi gemuk air pulak badan tu.oppss..


           Gambar ihsan mr.Google

Ada cara pengiraan pengambilan air seharian mengikut berat badan kita.boleh tengok jadual kira mengikut berat badan kat bawah ye.

           Gambar ihsan mr.Google

Air ni perlu untuk proses menyahtoksin dari badan.Bila banyak minum air,usus kita pun galak la menjalankan kerja-kerja pembersihan.Wahhh..heaven!
.
.
Pastikan nutrisi penting ketika diet pun korang ambil kira.Untuk elakkan badan daripada kekurangan vitamin yg penting.Contoh nutrisi penting yg perlu ketika diet adalah protin,omega,magnesium,zat besi,kalsium.Banyakkan pengambilan sayur hijau & buah-buahan yg mengadungi serat yg tinggi agar korang senang nak poo poo..hiks!
.
.
Pengiraan kalori juga perlu di ambil kira.Sedapnya makan roti canai planta,naan cheese,nasi lemak untuk sarapan kan.Belum masuk makan tengahari lagi,ada nasi ayam,masak lemak cili api,ikan keli goreng cili.hewhew.Tahu ke,berapa banyak kalori dah masuk dalam badan tu?Jenuh nak kurangkan balik total yg dah masuk tau.
.
.
Pengambilan supplemen jugak boleh membantu mempercepatkan lagi proses penurunan badan tau.Kat Shaklee,diorang cipta formula dalam makanan tambahan agar kita sentiasa rasa kenyang & bertenaga walaupun kita on diet.Ada agen pemecah lemak & jugak penyahtoksin yg selamat untuk tubuh badan kita.



Ingat,walau macam mana pun,AIR jangan korang sesekali culas nak minum okk.Beli je botol air y 1.5ltr tu,korang refill siap-siap dari rumah.Make sure sepanjang korang buat kerja @ study,setiap jam korang teguk air tu.kan senang.At least korang dh minum sekurang-kurangnya 1.5ltr air setiap hari.Kalau lebih,Alhamdulillah..mujur ada........^_^

Sekian tips dari aku.Ini hanya sebahagian cara saja.Mana yg korang rasa boleh apply & praktikkan,sila la buat.



Continue Reading

PENGALAMAN SCALING & POLISHING GIGI

Pengalaman scaling & polishing gigi kat klinik pergigian rohaya.
.
.
Appointment pukul 11pg,bila datang terkejut beruk jgk la tgk list yg menunggu.Lebih 30org kot.yg walk in pn ada.Bg aku patut dahulukan sesapa yg buat appointment la kan.tapi xthu la giliran diorg panggil cemana.
.
.
Sesampai sini terpikir jugak samada nak tunggu or nak cancel je dtg buat ari lain.risau takut doc yg buat 2 terkejar2 @ buat xsepenuh ati dek risau ramai yg mnunggu.kang patut buat lain,lain plak dia buat.lagipun ari ahad diorang cuma bukak sampai pukul 2 je.
.
.
So decide tunggu la dulu..sabar kan separuh dr iman.cool..
.
.
Then dlm 55minit kemudian namaku dipanggil.Time ni rasa cuak giler.Takut pun ada,17 tahun dah kot xjumpa doktor gigi.Korang bayangkan la gigi aku cemana selepas 17 tahun tu..haha..
.
.
Actually buat scaling ni langsung tak sakit tau.Cuma rasa ngilu je.Paling rasa sekali tempat plak@karang gigi yg tebal tu.Hazab jugak la wei..
.
.
Memula doktor akan cek keadaan gigi korang dulu.Kalau rosak @ berlubang mungkin doktor akan suggest buang dulu gigi tu kot.Tapi yg tu kos tak termasuk dalam scaling & polishing tau.And nasib baik gigi aku cantik lagi,karang gigi pun tak banyak then doktor pun cakap gigi aku still cantik & gusi pun sihat..wahhh...ko ghase??
.
.
Masa tengah buat scaling tu ada sorang asisstant doktor akan tolong korang sedut air liur.Masa buat scaling ni tahap air liur korang merembes macam air paip tau.So disitu la perlunya suction asisstant.hewhewhew
.
.
Selang beberapa minit ketika scaling doktor akan suruh korang berkumur,time tu la korang dapat tengok karang gigi korang yg dh kena buang 2.Dah hitam pun weh karang gigi aku.Berpasir semacam mulut rasanya.lepas settle semua baru doktor akan polish gigi ko kasi licin sikit kot.
.
.
Oleh sebab aku masuk sorang je time ni,so gambar ketika proses scaling di jalankan tak dapat la aku tayang buat korang.Tapi xpe,aku sharekan gambar ehsan dr google deh..Samo jah.Cumo bukan mulut aku.hewhew.

               Ni contoh karang gigi

   Contoh lepas buat Scaling sebelah    kiri.berdarah la sikit.Tapi tak sakit okk!

Ok cakap pasal kos pulak,tak mahal mana pun.Still mampu dgn poket korang tu.

Scaling & Polishing
RM80-120


Aku kena cas RM80 sajo.Ok lettew.

Continue Reading