suehasan.com: BLACKHEAD VS WHITEHEAD

BLACKHEAD VS WHITEHEAD

Tipu la kan kalau kata kat muka tak penah ada bintik hitam @ bintik putih.Saya sendiri pun alami masalah yang sama sebelum ni.Paling ketara dekat area Zone T (dahi,batang hidung & kawasan berhampiran).Bawah hidung(atas bibir),pipi & dagu pun tak terkecuali uolls..Rimas sungguh rasanya.Tangan rasa gatal je nak picit bintik-bintik yang tumbuh melata tu.



Sedikit Info :

Apa Beza White Head & Black Head?

"Blackhead" - Nama dalam perubatan adalah Open Comedo. Ia adalah lebihan minyak dan kulit mati yang terkumpul pada kelanjar 'Sebaceous'. Bila ia terdedah kepada udara, akan berlaku pengoksidaan. Tindakbalas ini menyebabkan warna lebihan minyak tersebut betukar menjadi hitam. kalao kita picit keluar blackhead tu, kita boleh tengok akarnya warna putih, sebab bahagian akar tu tak terdedah dengan udara macam bahagian atas tu. 


"Whiteheads" - Nama dalam perubatan disebut sebagai Closed Comedo. Ia adalah jerawat yang terdiri daripada minyak dan kulit serum yang mati dan terperangkap di dalam liang pori-pori di muka . "Whiteheads" boleh ditakrifkan sebagai: sesuatu yang kecil, mutiara atau tompok putih yang terbentuk di dalam kulit di mana sel-sel kulit menyumbat dan menutup folikel rambut (sebab mengapa mereka juga dikenali sebagai Closed Comedo).




Tahukah anda punca bintik hitam & putih terjadi kerana apa?

  • Tubuh badan kekurangan air, tidak dapat detox dengan sempurna

  • Pengeluaran sebum berlebihan, ini bergantung pada setiap individu. Biasanya orang yang kerap berpeluh bertotensi tinggi mengalami masalah white head dan black head

  • Penggunaan alat makeup atau skincare yang terlalu berminyak. Ramai yang tidak sedar, alat makeup atau skincare harian mereka sebenarnya terlalu oily, menyebabkan kulit semakin berminyak dan kadang2 minyak dari produk2 yang digunakan terperangkap/tertinggal di dalam kulit, dan seterusnya terbentuklah black head dan white head.

  • Produk scrub muka terlalu kasar. Sebenarnya menyentai kuat kulit muka dengan scrub bukan sahaja menyebabkan kulit jadi semakin berminyak, kulit jadi rosak..malah kulit akan hilang satu agen semulajadi yang berfungsi mengawal sebum dan menghalang pembentukan black head dan white head

  • Hormon badan. Tak terjadi pada semua orang, seperti yang kita tahu, setiap orang punyai tahap metabolism dan hormon berbeza. Ketidakseimbangan hormone mengakibatkan pengeluaran sebum berlebihan, punca blackhead terbentuk bersama acne.

  • Makanan dan persekitaran. Makanan terlalu berminyak, terlalu pedas dikaitkan dengan black head dan white head. Persekitaran yang tercemar, terutama sekali habuk, juga boleh menyebabkan blackhead dan white


Cara Tradisional yang boleh uolls amalkan untuk rawat masalah ini adalah picit sampai lembam...haha..silap haribulan muka bengkak macam kena sengat tebuan....ok2,ni serius punya dah..

Cara 1 :  Korang p dapur ambik seulas bawang putih,bersihkan dan tumbuk hingga lumat.Lepas tu gaul sebati dengan perahan limau nipis dan putih telur.Lepas tu ambik tisu,basahkan sikit & tempek kat muka.kemudian uolls taburkan ramua tu td atas tisu & biarkan ia kering.

Lepas tu bilas pakai air suam.

Cara 2 :  Cuci muka bersih2 ---> wapkan muka beberapa minit (untuk membuka liang roma) ----> picit whitehead/blackhead pakai tisu(pakai jari pun boleh.tapi make sure jari uolls bersih okeh)----> lepas picit & jerit puas2 korang sapu la toner (fungsinya untuk menutup liang roma)----> Lastly sapu pelembab & terus tido sampai esok paginya...bangun dengan semangat muka dah feeling gojes..miahaha...


Untuk penjagaan wajah saya sendiri,saya memilih rangkaian produk Shaklee Nutriwhite untuk luaran & suplemen kecantikkan untuk dalaman.So far masalah saya semakin dapat di atasi.bintik hitam semakin berkurangan & kulit tampil lebih cerah dari sebelumnya.

Set Lengkap Penjagaan Wajah Nutriwhite


Apa pun cara anda,make sure permukaan yang paling menyerlah ini harus di titik beratkan penjagaannya.Ia bukan saja meninjolkan personality anda malah ia juga memberi impak mood untuk anda sehari-hari.
 
 
Have a nice day girls!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

suehasan.com Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign