suehasan.com: Pentingnya Protin / ESP Ketika Hamil

Pentingnya Protin / ESP Ketika Hamil

 
Mengapa protin penting ketika hamil ? Ini kerana protin merupakan nutrien yang paling diperlukan oleh bayi anda , asid-asid amino yang membentuk protin merupakan bahan binaan badan. Protin di perlukan untuk membaik pulih dan penjagaan tisu , ia juga untuk tumbesaran dan perkembangan bayi yang sihat. Kekurangan protin menyebabkan pertumbuhan bayi terbantut , daya tahan tubuh kurang , kerosakkan pada hati dan sebagainya.


 
 
 
Ibu yang hamil , menyusukan badan dan individu yang kerja lasak atau aktif  memerlukan lebih protin.
 
 
Kepentingan Protin untuk Wanita Hamil
 
  • Menyokong penghasilan darah tambahan
  • Menguatkan sistem pertahanan badan yang melindungi dari jangkitan
  • Menggalakkan penambahan berat badan yang sesuai
  • Melindungi dari sesetengah komplikasi kehamilan seperti pre-eklampsi       
 
Kepentingan Protin untuk Bayi dalam Kandungan
 
 
  • Membina sel darah merah dan tisu otot yang baru
  • Membina uri yang menyalurkan khasiat dari ibu ke bayi
  • Menyokong perkembangan sempurna otak bayi , terutama sewaktu trimester ketiga.
 
 
 
 
 
 
 
Protin Di dalam Makanan
 
Makanan kaya protin terdiri daripada sumber haiwan dah tumbuh-tumbuhan. Protin haiwan di panggil Protin lengkap atau Protin kelas pertaman kerana ia mengandungi kesemua asid amino perlu pada jumlah yang betul untuk membina protin. Sumber-sumber Protin haiwan adalah ; daging , ikan , daging ayam ,itik telur dan hasil tenusu.
 
 
Protin tumbuh-tumbuhan di anggap tidak lengkap atau Protin kelas kedua kerana satu atau lebih asid amino mugkin tiada atau sukar dijumpai dalam jumlah yang sedikit. Sumber-sumber protin tumbuh-tumbuhan adalah ; kekacang ,biji-bijian , sayur-sayuran , kacang pis , kekacang dan biji benih . Adalah penting juga untuk menggabungkan Protin tumbuhan bagi melengkapkan asid amino sebagai contoh ;
 
 
  • Roti + mentega kacang
  • Beras + kacang dal
  • Jagung + kentang    
 
 
Shaklee Menawarkan keperluan Protin Lengkap Anda
 
 
ESP - Energizing Soy Protein
 
Protin bukan GMO yang lengkap dengan semua Asid Amino perlu.Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber Protin soya terbaik. ESP menyediakan 14gram Protin soya bukan GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis Protin termasuk Sembilan asid amino penting. Berbanding Protin dari sumber daging , telur dan tenusu ,ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolestrol.
 
 
Shaklee ESP
 
  • Menyediakan tenaga berpanjangan untuk menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
  • Protin soya membantu mengurangkan kolestrol
  • Mengandungi 5 vitamin B penting separuh daripada keperluan kalsium harian , dan soya isoflavones. Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid*
  • Protin soya bukan GMO ini dihasilkan dibawah satu program yang digelar Identity Preservation Programme (IPP) di mana kacang soya di pantau dan di jaga dengan teliti dari proses menanam hingga saat pemprosesannya.
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos , merawat , menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
 
 

 
 
Untuk Info atau pesanan ;
 
 
PM di Fb : Sue Hasan
Shaklee Independent Distributors : 927871
SMS / Whatsapp / Wechat : 017-3086058
COD ; Kepong , Selayang ,Batu Cave
Pos : Seluruh Malaysia (pos bergantung kepada kuantity barangan)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

suehasan.com Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign